AbiWord 2.8 Membawakan Fungsi Kolaborasi Antara Penulis

Selain daripada OpenOffice.org, aplikasi lain yang menawarkan fungsi yang lebih kurang dengannya adalah AbiWord. Terkini, pembangun AbiWord telah pun melepaskan aplikasi AbiWord 2.8 yang mana memperkenalkan kebolehan untuk lebih daripada satu penulis bekerjasama pada satu dokumen melalui servis yang dikenali sebagai AbiCollab.

AbiCollab juga didatangkan dengan fungsi komen pada dokumen, membolehkan anda berinteraksi pada masa yang sama sedang membangunkan sesuatu dokumen pada masa nyata. Selain daripada itu, kini AbiWord 2.8 juga turut menyokong fungsi multi-page view pada layout, membolehkan anda melihat lebih daripada satu muka sebelum anda memulakan proses mencetak dan sebagainya.

Sokongan OpenDocument juga dipertingkatkan pada AbiWord 2.8, yang mana pada masa yang sama membawakan sokongan yang dipertingkatkan untuk dokumen OOXML, .docx, serta kebolehan untuk menyimpan fail dalam bentuk *PDF yang dipertingkatkan.

AbiWord 2.8 boleh dimuat-turun untuk platform Windows dan Linux, dimana pada masa yang sama anda turut boleh memuat-turun kod sumber untuk aplikasi tersebut sekiranya anda merupakan seorang pembangun aplikasi.

Tiada Komen

Tinggalkan Komen