Buat masa ini, Android 1.6 masih lagi sedang diperkenalkan secara berperingkat. Namun begitu, para pembangun Android sudah maju setapak dalam pembangunan Android 2.0 yang mana dikenali dengan nama kod “Eclair”. Tarikh pelancarannya masih belum diketahui lagi, tetapi Android 2.0 memperlihatkan kemajuan dan inovasi sistem operasi Android yang kini mendapat perhatian ramai.

Antaramuka Android 2.0 [via]

Antaramuka Android 2.0 [via]
Beberapa fungsi baru yang dinantikan dalam sistem operasi Android 2.0 Eclair adalah seperti:
- Sistem operasinya yang lebih pantas, terutamanya pelayar web Android.
- Kebolehan untuk zoom dengan mudah pada pelayar web Android.
- Rakan-rakan Facebook yang diintegrasikan secara terus kedalam sistem senarai hubungan.
- Google Maps yang dipertingkatkan, dengan sokongan layer.
- Sokongan MS Exchange.
- Kebolehan untuk memuat-naik video ke YouTube dengan mudah.
Pelbagai fungsi menarik lagi yang bakal diperkenalkan kelak pada Android dari masa ke semasa. Menariknya, beberapa laporan terkini memperlihatkan yang mana Android bakal menjadi sistem operasi mudah-alih yang kedua popular didunia menjelang 2012, sekaligus meninggalkan iPhone daripada Apple. Sybian dijangka akan terus menjadi sistem operasi pertama didunia, sekiranya Noka masih tidak beralih kepada Android.




antaramuka android nampak mcm antaramuka iphone. agaknya standard semasa utk antaramuka OS mobile/smartphone akan kelihatan spt ini… pemain mp3 zuneHD keluaran microsoft juga mempunyai antaramuka yg mirip seperti ini… khabarnya window phone yg akan keluar nnt mengikut antaramuka seperti zuneHD.
[...] telah pun melepaskan dan memperkenalkan sistem operasi Android yang mana kini sudah pun mencecah Android 2.0. Setelah memperkenalkan Chrome OS, Google telah pun mengumumkan yang mana berkemungkinan besar [...]