Sempena dengan ulang tahun Gentoo yang ke-sepuluh, pihak pembangunnya sudah pun mengumumkan pelancaran LiveDVD edisi khas Gentoo Linux 10.0. Melaluinya, pihak Gentoo akan sentiasa mengemaskini pakej tersebut setiap beberapa minggu, membolehkan para pengguna menggunakan sistem operasi Gentoo yang terkini. Kemaskini boleh dilakukan secara dalam talian dengan mudah sekali.

Gentoo Linux 10.0 LiveDVD membawakan beberapa aplikasi dan perisian terkini, termasuk kernel Linux 2.6.30, pilihan menggunakan GNOME 2.26.3, KDE 4.3.1 ataupun XFCE 4.6.1 sebagai persekitaran desktop, Firefox 3.5.3, OpenOffice 3.1.1, AbiWord 2.6.4, GIMP 2.6.4, Pidgin 2.5.9, Thunderbird 2.0.0, Opera 10.0, dan juga Amarok 2.1.1.
Gentoo Linux 10.0 boleh dimuat-turun sebagai LiveDVD dalam dua variasi, iaitu 32-bit dan juga 64-bit. Selain daripada itu, menariknya, sebuah buku panduan Gentoo juga diberikan, membolehkan para pengguna baru mengetahui cara-cara memasang Gentoo Linux daripada LiveDVD.



Biasanya gentoo bagi mereka yg sukakan cara advanced teknikal.
bro leh review http://susestudio.com/
Gentoo memang advance tapi tak terlalu teknikal.
Portage + USE flag memudahkan segala.
Lean…mean… bleeding edge.
Aku dah setahun lebih pakai Gentoo. Distro terpantas abad ini. Belum ada pencabar langsung.