Launch2Net : Pengurus Sambungan Internet Untuk Ubuntu

Adakah anda inginkan pengurus sambungan internet untuk sistem operasi Ubuntu anda? Kini, anda boleh mencuba aplikasi Lunch2Net yang mana membolehkan anda menguruskan sambungan internet mudah-alih anda dengan mudah untuk Ubuntu 8.10 dan juga Ubuntu 9.04. Launch2Net boleh mengenalpasti jenis modem anda, beserta dengan kad SIM, dan tidak memerlukan sebarang driver atau konfigurasi tambahan.

Tiny Core Linux 2.4 Hanya 10MB Sahaja

Distro Linux yang paling minima, dimana saiznya hanya lebih kurang 10 MB sahaja, iaitu Tiny Core Linux, telah pun melepaskan versi terkini sistem operasi mereka, iaitu Tiny Core Linux 2.4. Kemaskini terbaru ini membawakan kemaskini sekuriti, dan beberapa penyelesaian pepijat, selain membawakan sokongan kernel Linux 2.6.

Gentoo Linux Menyambut Ulang-Tahun Ke-10

Sempena dengan ulang tahun Gentoo yang ke-sepuluh, pihak pembangunnya sudah pun mengumumkan pelancaran LiveDVD edisi khas Gentoo Linux 10.0. Melaluinya, pihak Gentoo akan sentiasa mengemaskini pakej tersebut setiap beberapa minggu, membolehkan para pengguna menggunakan sistem operasi Gentoo yang terkini. Kemaskini boleh dilakukan secara dalam talian dengan mudah sekali.