Tiny Core Linux 2.4 Hanya 10MB Sahaja

Distro Linux yang paling minima, dimana saiznya hanya lebih kurang 10 MB sahaja, iaitu Tiny Core Linux, telah pun melepaskan versi terkini sistem operasi mereka, iaitu Tiny Core Linux 2.4. Kemaskini terbaru ini membawakan kemaskini sekuriti, dan beberapa penyelesaian pepijat, selain membawakan sokongan kernel Linux 2.6.

Tiny Core Linux
Antaramuka Tiny Core Linux [via]

Tiny Core Linux 2.4 membawakan aplikasi Fast Light Window Manager (FLWM) versi 1.12, dan juga kemaskini kepada AppBrowser dan juga Fast Light Toolkit versi 1.0.. Desktop yang paling kecil dalam saiznya ini membawkan fungsi BusyBox dan juga keperluan grafik yang paling minima, dimana sistem tersebut dibangunkan menggunakan Tiny X dan juga JWM. Menariknya, Tiny Core Linux ini boleh dijalankan sepenuhnya pada RAM, membolehkan anda boot dengan pantas sekali.

Anda boleh memuat-turun Tiny Core Linux 2.4 ini secara percuma dan ianya boleh dijalankan melalui LiveCD ataupun LiveUSB dengan mudah sekali.

5 Komen

  1. MakLaN says:

    Ada yang lebih minimal, Kolibri. Saiz Kurang 5MB.

  2. Dr House says:

    Aku pernah cuba DSL. Tiny Core belum lagi. Nampak macam lebih kurang jek.

  3. mrkaizer says:

    yg 1MB ada x?huhuuhuh.tapi semua yg basic ada dlm tu.

  4. Sabun says:

    Ini boleh dikatakan sebagai Hacker punya perisian :D
    mmm cuma kalau anda mampu lah ye

Tinggalkan Komen