Ubuntu 9.10 Karmic Koala Di Lepaskan

Canonical secara rasminya telah pun melepaskan sistem operasi Ubuntu Linux 9.10 yang mana dikenali sebagai Karmic Koala tepat pada tarikhnya, iaitu 29 Oktober 2009. Ubuntu 9.10 membawakan pelbagai perkara baru, dari pada skrin boot sehinggalah tema desktop yang kini lebih menarik berbanding sebelumnya.

Ubuntu Software Center
Ubuntu 9.10 Memperkenalkan Fungsi Software Center

Secara asasnya, kini Ubuntu Linux menggunakan sistem fail EXT4, kernel Linux 2.6.31, persekitaran desktop GNOME 2.2.8, serta membawakan pengurus boot GRUB 2. Secara ringkasnya, berikut merupakan beberapa perkara baru dan fungsi yang dipertingkatkan pada Ubuntu 9.10 Karmic Koala;

  • Masa boot yang dipercepatkan Sama seperti versi-versi sebelumnya, masa boot diberikan perhatian serius, dimana kini Ubuntu boot lebih pantas berbanding sebelumnya.
  • Splash Screen Serba Baru – Ubuntu 9.10 mengguna-pakai XSplash, yang mana membawakan skrin splash yang menarik dan dianimasikan pada ketika anda log masuk ke sistem operasi anda.
  • Skrin Log Masuk Yang Di Perbaharui – Kini, GNOME Display Manager (GDM) diperkenalkan dengan rekabentuk baru (dengan integrasi XSplash), serta dipertingkatkan dengan pelbagai fungsi baru.
  • Wallpaper Serba Baru – Lebih 20 wallpaper baru diperkenalkan yang membawakan imej dan gambar dari serata dunia.
  • Wallpaper SlideShoe – Sama seperti pada Windows 7, Ubuntu Linux juga memperkenalkan kebolehan untuk memutarkan wallpaper dari masa ke semasa, iaitu setiap 30 minit
  • Tema GNOME Yang Di Perbaharui – Ubuntu 9.10 membawakan tema Human yang diperbaiki dan diperbaharui, serta lebih 5 tema GNOME yang serba baru, serta koleksi ikon yang baru.
  • Ubuntu One – Seperti yang diperkatakan sebelum ini, Ubuntu 9.10 membolehkan pengguna menyimpan dan berkongsi fail mereka secara dalam talian dengan mudah. Ia juga turut diintegrasikan bersama aplikasi Tomboy serta Evolution.
  • Ubuntu Software Center – Ubuntu Software Center kini mengantikan fungsi Add/Remove yang mana membuatkan pengurusan aplikasi kini lebih mudah lagi. Kini ianya turut menawarkan penerangan yang lebih lengkap serta memperlihatkan paparan antaramuka bagi sesuatu aplikasi.
  • Empathy Instant Manager kini mengantikan aplikasi chat Pidgin.

Aplikasi Pejabat
OpenOffice.org 3.0 Di Datangkan Bersama-sama Ubuntu 9.10

Selain daripada itu, Ubuntu 9.10 turut membawakan pelbagai perkara baru yang menarik serta fungsi-fungsi baru yang menjadikannya sebuah sistem operasi yang amat menarik sekali.

Ubuntu 9.10 - Chat
Sembang dengan rakan anda dari pelbagai rangkaian dengan Ubuntu 9.10

Untuk server, Ubuntu 9.10 dibangunkan dengan idea sokongan Ubuntu Enterprise Cloud (UEC) atau Amazon EC2, sekaligus membawakan fungsi cloud yang kian diperkatakan pada masa kini. Seperti biasa, anda boleh memuat-turun Ubuntu untuk desktop/laptop, netbook ataupun server serta didatangkan dalam bentuk KDE melalui Kubuntu 9.10.

28 Komen

  1. Dr House says:

    Tengah download. Harap takde masalah nak pasangn ngan laptop aku.

  2. Nurfaiz Foat says:

    Tip Top Tip, bila shipit punya cd nak sampai kat rumah ni :)

  3. Adney says:

    Besar la pulak saiz.. adeh

  4. muhdzahari says:

    sedang upgrade. dari malam tadi. :)

  5. adq890 says:

    dah upgrade….

  6. a.halim says:

    ubuntu sofware centre mmg best..boleh install software serentak

  7. Ubunchu says:

    Sedih, thunderstorm tadi putus internet aku….
    Berapa jam dah aku biar die download. Aku cuba link malaysia tu la. Tak rasa nak upgrade guna internet untuk kali ketiga.

  8. safar says:

    kini ubuntu lebih hebat dari sebelumnya.kenalah aku cuba.

  9. a.halim says:

    harini try kubuntu 9.10… boot kubuntu dapat 45 second..

  10. a.halim says:

    ubuntu dah 2 kali crash sejak aku install… kubuntu belum lagi.. aku rasa kubuntu lagi stabil

  11. TakBuntu says:

    Crash? Aku baru upgrade dari Ubuntu 9.04 ke 9.10 ni. Running kat PC lama Intel Pentium III (Katmai), 640MB Memory… so far ok jer.

  12. Ubunchu says:

    Cun beb!
    :D

    Selepas habis install 9.10 semua dah lagi hebat.
    Aku tak percaya bila orang kata Firefox lagi cepat dan boot up lagi cepat tapi aku dah nampak kebenaran cerita itu sekarang :P

    Tambah 9.10 dengan driver Nvidia 190.42 terbaru dan Wine 1.1.32 terbaru ia hanya yang terhebat :)

  13. alonk_rebel says:

    da install tp wireless de pblem laa…. huhu..
    xleh jmpe network.. kt windows ok je…
    lptop ak hp pavilion dv2..
    ade sape2 ade solution x??

  14. Sabun says:

    Masalah wireless ni sebab HP bukan Ubuntu. Aku ade HP dimana aku perlu masuk windows dan memaksa wireless buka, baru Ubuntu dan Windows boleh gune. Kad die hanya dengar bila guna Windows…diorang buat driver die camtu…
    Spas paksa buka dah semua ok skrang.

    Baru perasan, link atas tu dari mmu…..Tempat aku belaja skrang lol

  15. mohdisa says:

    masih dalam penantian, takleh request cd la plak. kena tunggu la plak. ades

  16. Rizal says:

    Aku aritu dah try upgrade 9.04 -> 9.10, masa tu versi Beta. Mcm OpenOffice kalau buka file yg berat, mmg OpenOffice boleh ‘hang’. Utk masa boot plak, ada slow sikit. Tp bila aku try install terus 9.10 mmg laju, mmg ada beza upgrade 9.04 & direct install 9.10. Utk multi boot plak, cth : fedora, window & ubuntu 9.10.. mmg tak stable, boot bole problem, mgkin ada masalah teknikal masa aku install agaknya..

    Apa pun mgkin skrg ni dah stable kot 9.10, InsyaAllah kalau rajin aku upgrade 9.10 =)

  17. Adney says:

    kalau la Windows 7 boleyh diupgrade jadi ubuntu tanpe perlu dual boot dan hilang win7 kan bagus

  18. mrkaizer says:

    Bagi mereka yang ada partition format FAT 32.Akan ada masalah utk ubuntu 9.10 mount.Jadi koranmg kena tukarkan ke format NTFS.

  19. nazmieski says:

    Best…..dah guna sepenuhnya OS nie.

  20. Achillios says:

    “Masalah wireless ni sebab HP bukan Ubuntu. Aku ade HP dimana aku perlu masuk windows dan memaksa wireless buka, baru Ubuntu dan Windows boleh gune. Kad die hanya dengar bila guna Windows…diorang buat driver die camtu…
    Spas paksa buka dah semua ok skrang.

    Baru perasan, link atas tu dari mmu…..Tempat aku belaja skrang lol” – Sabun.

    Sabun macam maner nk memaksa wireless buka…ajar skit bro..aku pun ada maslah dgn wireless aku dlm ubuntu tp dlm Xp cun melecun jer….

  21. WanRiz says:

    hye..
    i newbie dlm ubuntu, br nk berjinak2…
    so br2 ni i bari install ubuntu 9.10 ni dlm laptop i..mmg tremendous….my laptop compaq B1200.
    masalah nyer skrg wireless x detect…emmm…sapa2 bole bantu i.

    sperti Mr Sabun ckp memaksa wireles dlm XP cam maner tu bro…

    • Ubunchu says:

      Hmm kalau XP saya tidak pasti, sebab saya menggunakan Vista dan masalahnya adalah HP punya perisian (perisian tu yang saya guna untuk memaksa wireless buka).

      Untuk Ubuntu ko, mungkin kamu akan memerlukan Ndiswrapper (kamu perlu mengetahui kad apa yang digunakan untuk wireless). Ndiswrapper boleh didapati daripada CD/ISO Ubuntu 9.10 .

  22. fakhri says:

    saya ada masallah ketika installation.. iaitu kluar ralat ” cannot download the metalink therefore the iso,”
    saya tidak faham apa yg diberitahu.. harap boleh membantu saya

  23. Baloot says:

    Baru saja lepas install/upgrade dari Ubuntu 9.04 ke 9.10. Best giler. Internet pun laju.

    p/s: semua ni gara2 window vista aku masuk virus. :)

Tinggalkan Komen