Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi menjelang pelancaran dan pelepasan sistem operasi Ubuntu Linux 9.10 yang diberikan nama kod Karmic Koala, dan menariknya anda sudah pun boleh menempah CD Karmic Koala secara percuma melalui laman khas Canonical, iaitu laman ShipIT. Walaupun ditawarkan secara percuma, Canonical mengalakkan anda memuat-turun distro terbabit terlebih dahulu.

CD Ubuntu [via]
Ubuntu 9.10 yang mana dikenali sebagai Karmic Koala akan didatangkan dengan rekabentuk baru, selain menggunakan persekitaran desktop GNOME 2.28.1 yang mana lebih ringan dan menarik, disamping menggunakan kernel Linux terkini, iaitu versi 2.6.31, dan juga membawakan sokongan kepada beberapa peralatan komputer yang baru dan sokongan sistem fail yang baru. Pada masa yang sama, Ubuntu 9.10 bakal membawakan GIMP 2.7, Mozilla Firefox 3.5.3, dan Transmission 1.75. Ubuntu 9.10 dijangka akan dilepaskan pada 29 Oktober 2009.


Tapi sekarang ni Canonical dah nak menghadkan penghantaran CD percuma, mungkin kekurangan bajet kot http://blog.canonical.com/?p=264
Bajet tak kurang. Cuma bilangan pengguna seluruh dunia dah bertambah. Harap-harapnya CD percuma tu untuk yang betul-betul memerlukan lah. Contohnya kita yang kat Malaysia ni, kalau nak download ISO file dia punyalah lama dengan kelajuan internet yang hampeh ni.
Ini ada yang request sampai 5 CD la, 40 pun ada. Alasan macam-macam boleh bagi. Memang dapat punya. Aku contohnya. Haha..
huhuhuh.. aku igt nak request lagi CD smpi 20 keping, xdpt lak.. kekeke,xleh lak pulak… mcm ane yek, coz aku suka kasi bdk2 juruteknik komputer ( http://forum.kjkm.org ), kadang aku buat kursus utk bdk2 jtk aku kasi la hadiah CD ubuntu tuh huhuhu
Kena download dan burn sendiri. Huhu.
Aku akan tempah satu,pastu buat salinan dekat kawan-kawan aku yg berminat.Dah semakin ramai yang berminat ni.
Rasanya Canonical dah sampai satu tempat make or break.
Kalau ia tak jaga funding dengan betul sekarang ia boleh pupus sebab Ubuntu sudah sangat dikenali dan diguna tetapi pembuat aplikasi dan pembuat game masih belum betul-betul buat aplikasi dan game untuk Ubuntu jadi Canonical pun akan menghadapi kekurangan business partnership (boleh sampai keadaan tak cukup profit).