Akhirnya, Google telah pun memperkenalkan Chrome OS pagi tadi, yang mana memperlihatkan Chrome OS adalah sebuah pelayar web yang boleh diboot seperti sebuah sistem operasi dalam masa kurang 10 saat, dan diintegrasikan bersama-sama dengan beberapa aplikasi web, terutama aplikasi web Google seperti GMail, Google Calendar, Google Reader, Google Docs, YouTube, Picasa, Google Books dan banyak lagi.

Aplikasi Pada Chrome OS
Walaupun ianya membawa konsep perkomputeran awan yang sekian lama menjadi percakapan, dan membawa sistem operasi ke tahap baru, iaitu membolehkan para pengguna menggunakan pelayar web dengan pantas selepas diboot, ianya masih belum bersedia untuk digunakan oleh negara-negara yang mempunyai sambungan internet yang lemah. Selain daripada itu, Chrome OS juga dilihat tidak menyediakan sokongan tanpa talian (offline) melalui Google Gears. Mungkin ianya akan disokong, tetapi masih tidak diketahui bila.
Mungkin para pengguna akan lebih berminat menggunakan sistem operasi ringan yang lain seperti JoliCloud ataupun Moblin untuk netbook mereka yang mana didatangkan dengan pilihan beberapa aplikasi yang boleh digunakan secara offline, berbanding dengan Chrome OS. Walaubagaimanapun, ianya masih lagi dalam peringkat awal untuk membuat sebarang spekulasi.



[...] disebabkan tiada sebarang sokongan luar talian yang disokong buat masa ini, Chrome OS dilihat tidak dapat digunakan sepenuhnya oleh pengguna-pengguna daripada negara-negara dengan kualiti jalur … yang [...]
yup, K lebih berat kepada moblin daripada chrome OS atas sebab kekurangan abiliti menjalankan perkara luar talian
“Chrome OS Akan Gagal Dengan Jalur Lebar Yang Lemah”
Tepat!!!!
[...] menunggu Chrome OS siap sepenuhnya pada tahun hadapan, kini anda sudah boleh mencuba Jolicloud yang ditunggu-tunggu [...]