Komuniti KDE telah pun melepaskan versi pembangunan ketiga bagi persekitaran desktop KDE 4.3, iaitu KDE 4.3.3. yang mana dikenali sebagai Clockwork. Ianya tidak membawakan sebarang perubahan besar, selain daripada kemaskini terjemahan KDE dan juga beberapa penyelesaian masalah yang telah dikenal pasti pada beberapa aplikasi popular di KDE.

Antaramuka KDE 4.3
Kini, setiap bulan, pihak pembangun KDE melepaskan kemaskini untuk persekitaran desktop mereka, dimana pelbagai fungsi baru ditambah dari masa ke semasa. KDE 4.3.3 membawakan efek visual tanpa sebarang sekatan, selain aplikasi Juk yang kini lebih stabil dan dipertingkatkan.
KDE 4.3.3 merupakan persekitaran desktop generasi akan datang, yang membawakanBuat masa ini, KDE 4.3.3 didatangkan dengan pelbagai aplikasi baru yang mana termasuk dengan aplikasi pembelajaran, pembangunan web, aplikasi pentadbiran, serta sokongan kepada lebih 50 bahasa berbeza diseluruh dunia. Anda boleh memuat-turun KDE secara berasingan atau dapatkannya daripada pelbagai distro yang menggunakan KDE.




Tiada Komen