Mandriva Linux 2010 Di Lepaskan

Selain Ubuntu 9.10 daripada Canonical, Mandriva turut membangunkan dan telah pun melepaskan versi terbaru sistem operasi mereka, iaitu Mandriva Linux 2010. Dengan usaha keras selama 4 bulan, Mandriva 2010 kini boleh dimuat-turun dalam bentuk KDE ataupun GNOME dalam variasi 32-bit serta 64-bit. Sama seperti Karmic Koala, Mandriva Linux 2010 turu membawakan pelbagai perkara baru ke dalam sistem operasi mereka.

Mandriva Gnome
Desktop Mandriva Dengan Persekitaran Desktop GNOME

Secara ringkasnya, Mandriva Linux 2010 mengguna-pakai kernel Linux versi 2.6.31, persekitran desktop GNOME 2.28.0, persekitaran desktop KDE 4.3.2, sokongan kepada sistem fail EXT4, sokongan untuk Moblin, serta beberapa rekabentuk baru pada sistem operasi mereka.

Mandriva KDE
Desktop Mandriva Dengan Persekitaran Desktop KDE

Berikut merupakan beberapa perkara baru yang diperkenalkan pada Mandriva Linux 2010;

  • Masa boot yang dipertingkatkan – Kini masa boot lebih pantas berbanding Mandriva Linux 2009, serta fungsi hibernate, dan shutdown juga lebih pantas berbanding sebelumnya.
  • Tema dan Wallpaper Baru – Mandriva Linux 2010 membawakan 4 tema baru, serta 10 wallpaper baru, yang mana akan berputar secara automatik setiap sejam.
  • Sokongan kepada Moblin – Mandriva Linux 2010 menjadi distro pertama yang mana menyokong penuh persekitaran Moblin. Untuk membolehkannya, anda hanya perlu memasang Task-Moblin, dan seterusnya memilih Moblin daripada senarai pada Connection Manager.
  • Sokongan untuk Netbook – Mandriva juga kini membawakan sokongan kepada netbook-netbook yang terkini, termasuk Asus Eee PC, Acer Aspire One, dan MSI Wind.

Mandriva Moblin
Mandriva Turut Membawakan Sokongan Kepada Moblin

Selain daripada itu, Mandriva Linux 2010 juga membawakan aplikasi dan perisian terkini dalam sistem operasinya, seperti Mozilla Firefox 3.5, OpenOffice 3.1.1, Virtual Box 3, Elisa Media Center yang dahulunya dikenali sebagai Moovida, Wine 1.1.32 dan sebagainya.

Mandriva Linux 2010 boleh dimuat-turun dalam variasi KDE atau GNOME dalam bentuk LiveCD, atau DVD. Anda juga boleh memuat-turun versi HybridISO yang mana membolehkan anda boot daripada USB.

5 Komen

  1. Adney says:

    hurmm… masih berfikir2 untuk menggunakan linux..

  2. Wan PERLIS says:

    terima kasih linuxmalaya..
    memang nak cuba guna distro ni.

    mandriva 2010 ada byk version kan ?
    powerpack 2010..one 2010..free 2010.betul x?

    apa perbezaannya aman?
    untuk newbie sesuai yg mana?

    tq..

  3. [...] sistem yang totally open source. Sebelum ni wa ade download Jaunty Jackalope (Ubuntu 9.04) dengan Mandriva, tapi xberani nak godek2. Hampeh kan. Masa Karmic keluar pun benda yang sama berlaku, wa x berani [...]

  4. [...] sistem yang totally open source. Sebelum ni wa ade download Jaunty Jackalope (Ubuntu 9.04) dengan Mandriva, tapi xberani nak godek2. Hampeh kan. Masa Karmic keluar pun benda yang sama berlaku, wa x berani [...]

  5. Webhacker says:

    Hi, leh tolong order x utk powerpack 2010 box set mandriva 2010? brapa harga ye?

Tinggalkan Komen