Mozilla Foundation telah pun melaporkan pendapatan tahunan mereka untuk tahun 2008 yang mana berjumlah sebanyak $78.6 juta, peningkatan sebanyak hampir 5% daripada tahun 2007 yang mana berjumlah sebanyak $75.1 juta. Walaupun dunia dilanda krisis ekonomi yang agak teruk, Mozilla terus kukuh dengan memperlihatkan peningkatan pendapatan mereka.
Sama seperti tahun-tahun lepas, Mozilla menjana pendapatan secara utamanya melalui fungsi carian yang sedia didatangkan bersama Firefox, terutamanya daripada Google. Google membayar kepada Mozilla disebabkan penggunaan bar carian pada Firefox, serta halaman utama pada Firefox yang memaparkan laman Google.
Pada masa yang sama, penggunaan pelayar web Firefox juga meningkat dikalangan pengguna dimana pada 2008 lebih 75 juta pengguna menggunakan pelayar web Firefox. Pada bulan November 2009 sahaja, lebih 110 juta pengguna menggunakan pelayar web Firefox untuk kegunaan harian mereka. Pegangan pasaran Firefox dalam industri pelayaran web pada bulan November 2009 adalah lebih kurang 25%.




Tiada Komen