Melalui data terkini yang dikeluarkan oleh OSCC, ianya memperlihatkan yang mana lebih 70% daripada aplikasi yang digunakan di pejabat kerajaan adalah aplikasi sumber terbuka. Data tersebut memperlihatkan yang mana, 521 daripada 724 agensi kerajaan telah pun mengadaptasi penggunaan aplikasi sumber terbuka dalam pejabat mereka. Pada tahun lepas, hanya 354 agensi kerajaan sahaja yang mengguna-pakai aplikasi sumber terbuka di pejabat mereka.
Aplikasi yang paling menjadi minat pada agensi kerajaan, adalah aplikasi pejabat – OpenOffice, dimana lebih 57% atau 297 agensi menggunakan perisian tersebut. Aplikasi yang menjadi pilihan kedua adalah aplikasi MySpamGuard yang mana kini telah digunakan oleh lebih 81 agensi kerajaan.
Pada tahun 2005, kerajaan Malaysia telah pun melancarkan pelan untuk meningkatkan dan menambah-baik industri ICT negara, serta penggunaan industri perisian sumber terbuka tempatan. Setahun sebelum pelan tersebut dilancarkan, hanya 25 agensi kerajaan sahaja yang menggunakan perisian sumber terbuka pada agensi mereka.
Penggunaan aplikasi sumber terbuka pada operasi harian mereka juga telah membolehkan kerajaan menjimatkan lebih RM18.8 juta sebagai bayaran untuk lesen penggunaan aplikasi berbayar. Pada masa yang sama, kini Saudi Arabia meminta kerjasama pihak Malaysia dalam pembangunan badan sumber terbuka mereka yang tersendiri.




Tu dari segi jabatan.
Bagaimana dengan tenaga pengajarnya di peringkat institusi pengajian?
Kalau nak adaptasi secara berkesan perlulah bermula di peringkat penyebaran ilmu itu berlaku secara meluas (sekolah, IPT, dll.)
Paling mengecewakan banyak agensi yg mengharamkan penggunaan Firefox sebagai browser dan hanya allow IE yg suck tu sahaja atas alasan keselamatan.. tu la, cye 100% ckp gates.. padahal ape gune internet security subscription…
IE adalah gateway kepada security loopholes.. Macam mana agensi tersebut boleh percaya?
Tetapi agak best, setelah melihat Linux beroperasi, kawan saya semua bertanya-tanya dan mencubanya. Ini sebab kebanyakkan pengguna komputer di rumah mengguna Windows cetak rompak. Linux ini dapat menggantikkan Windows tersebut sebab ia percuma dan nampak bergaya berserta dengan perubahan tak tentu Microsoft ni hehe
Kenapa Linux kurang digemari berbanding Windows. –
Rata-rata minat guna windows sebab User Interface yang mudah difahami. Walaupun Linux kini sudah ada GUI dari KDE/Gnome namun masih kurang penggunaannya. Mengapa? Sebab Kurangnya pendedahan daripada peringkat rendah iaitu di sekolah, kolej & universiti.
Saya pernah ajukan kepada penceramah/tenaga pengajar dalam kelas Linux. Mengapa dia ajar linux guna command based sedangkan sudah ada GUI?? Jawap beliau “kita kena blajar command based sebab kita kan lebih advance menggunakan Linux. Jawapan nya amat ringkas tapi saya memang tidak puas hati dengan pendekatan beliau.
Sebabnya kebanyakkan pengguna komputer adalah pengguna biasa sahaja bukannya adminitrator. Pengguna biasa lebih memahami GUI daripada Command based. Jika rata-rata pengajar menggunakan pendekatan ini. Saya pasti pengguna biasa rasa takut/ralat untuk menggunakan Linux..
Malaysia kini sudah ramai menggunakan opensource. namun kita hanya pengguna sumber tersebut. tetapi kurang menghasilkan produk opensource untuk kegunaan komuniti.
Penggunaan sumber terbuka diakui kini semakin meluas. Antaranya di masjid-masjid sekitar Lembah Klang ada yang menggunakan OpenOffice untuk dipaparkan pada skrin layar ketika khutbah Jumaat.
[...] Kadar penggunaan aplikasi sumber terbuka mula meningkat di dalam agensi kerajaan, sekaligus mengurangkan kos operasi mereka. Kini, kebanyakkan agensi kerajaan mula menggunakan OpenOffice dalam pejabat mereka, selain beberapa agensi kerajaan yang mula menggunakan sistem operasi sumber terbuka dalam operasi harian mereka. [...]
Mmg tidak dinafikan terdapat peningkatan rakyat Malaysia yang menggunakan linux sejak akhir-akhir ini dan saya selalu mempromosi linux kepda kwn-kwn saya namun mereka masih lagi kurang berminat mgkin disebabkan apa yang mereka paham bhw linux ini sukar utk digunakan dan memerlukan kemahiran yang tinggi untuk mendalaminya,tetapi setelah sekian lama linux telah bertapak di Malaysia kita telah menyaksikan perubahan ketara linux menjadi lebih userfriendly dan mudah untuk diadaptasi dalam rutin kerja harian.Kini telah byk sofware smber terbuka yang advance dan percuma.Namun sebagai pengguna biasa atau newbie mmg terlalu byk yang perlu diambil kira untuk membiasakan diri menggunakannya.Tapi untuk mencapai sesuatu yang baik kita perlulah berusaha bagi memperoleh hasilnya..Maka sekaranglah masa yang sesuai untuk kita semua mencuba,mempelajari dan menggunakan perisian smber terbuka ini.Untuk menjadi pengguna linux yang baik,kita perlulah juga mengetahui penggunaan asas penggunaan command untuk memudahkan kita mengkonfigurasi sistem dan memberi kita kelebihan untuk mendalami bagaimana sistem itu berfungsi.Jangan pulak nanti kita hanya tahu mengguna tetapi tidak tahu mengapa linux itu sendiri diwujudkan atas dasar sumber terbuka untuk semua…..Cubalah linux pasti anda akan tertarik..Pilihlah distro mana yang sesuai untuk anda,dan tidak mustahil suatu hari nanti anda membuat distro sendiri pula hasil idea anda sendiri.. selamat mencuba!!!!