SourceForge Inc yang terkenal dengan sumbangan mereka kepada dunia sumber terbuka, hari ini telah mengumumkan penjenamaan semula organisasi mereka kepada Geek.Net. Menurut presiden dan CEO mereka, penjenaman semula organisasi mereka adalah salah satu daripada transformasi berterusan mereka.

Antaramuka Halaman Geeknet
Pihak mereka juga mengatakan yang mana nama baru tersebut lebih menepati organisasi mereka yang mana lebih ditujukan kepada para peminat komputer sedunia. Dengan itu juga, ianya lebih memudahkan mereka mendapat peluang bisnes daripada pihak luar.
Buat masa ini, Geeknet mempunyai beberapa komuniti dibawahnya, termasuk SourceForge.net, Slashdot, ThinkGeek, FreshMeat dan juga OhLoh. Buat masa ini, mereka mempunyai kunjungan daripada lebih 40 juta peminat komputer sedunia untuk sebulan.




penjenamaan semula SF bleh menakutkan aku.. hehe
the web design refreshment is seriously geek-look. NICE!
Memang mantap giler website SF ni.
banyak yang boleh belajar dari website ni.