Nampaknya, mulai Ubuntu 10.04 Lucid Lynx, apikasi alternatif untuk Phosotshop, iaitu GIMP tidak lagi akan disertakan sekali bersama-sama dengan Ubuntu. Sebaliknya, semua proses asas untuk edit gambar dan imej akan diintegrasikan pada aplikasi F-Spot. Ini adalah kerana GIMP dianggap sebagai aplikasi untuk para professional, dan Ubuntu anggap ianya tidak penting untuk disertakan sekali bersama sistem operasi mereka.

GIMP 2.8 Bakal Membawakan Perubahan Antaramuka
Sekiranya dilihat pada sistem operasi lain, seperti Windows dan juga Mac OS X, aplikasi Photoshop memang tidak disertakan sama sekali, jadi kini Ubuntu berfikiran sama, dengan tidak menyertakan GIMP lagi. Para pengguna masih boleh mengedit gambar pada Ubuntu melalui aplikasi F-Spot yang membolehkan anda membuat segala perkara asas, sama seperti Paint pada Windows.
Kekompleksan antaramuka GIMP telah membuatkan Canonical membuat pendirian ini. Walaubagaimanapun, anda masih boleh memasangnya secara berasingan seperti biasa dengan mudah.




Banyak orang akan marah…..
Walaupun F-spot bagus, ia tidak mencukupi untuk format masa sekarang. Walaupun saya bukan professional, tetapi saya menggunakan GIMP untuk semua kerja berkaitan dengan gambar, lukisan dan sebagainya!
Ini menyedihkan sebab GIMP juga menjadikan Ubuntu lebih hebat daripada Mac dan Window$ sebab ia disertakan daripada asas.
T_T
satu langkah yang bijak untuk meramaikan lagi pengguna ubuntu. bagus2.
secara jujurnya K hanya menggunakan gimp atau Fspot untuk crop & resize gambar :p
takpe..bole apt-get install kemudian nye.
tambahan pulak interface yg baru.yeay!
aku takpernah pakai gimp ..eloklah tu
ok gak,aku pon xpkai gimp pon.heheh
Melalui Ubuntu Developer channel dalam youtube yang saya tonton tadi pagi, GIMP memang tidak akan jadi default software utk LL oleh kerana sizenya yang berat. tapi sedih juga juga lah kerana ia disingkirkan dalam default software utk LL.
Kenapalah nak ikut sgt dgn 2 OS yang gergasi tu. kan bagus buat sesuatu kelainan. But here’s what i think. Gimp tidak sepatutnya disingkirkan utk Versi ubuntu yang akan datang kerana Lucid Lynx adalah Long Term Support. Pengguna yang guna LL menggunakan dalam jangka masa yang panjang selama 3 thn.
Seharusnya Gimp disingkirkan untuk Normal release sahaja seperti Intrepid, Jaunty, dan Karmic sebab jangka hayatnya hanya 18 bulan klu tak silap saya(correct me if im wrong).
Wlupapun, still love Ubuntu. Viva forever…….hahaahah.