Setelah Ubuntu 9.10 dilepaskan pada bulan Oktober yang lepas, kini pihak pembangun Sabily, iaitu sistem operasi khas untuk pengguna Muslim, telah pun melepaskan Sabily 9.10 dengan nama kod Gaza. Sabily 9.10 didatangkan dalam dua versi berbeza, iaitu versi ringan, bersaiz 1GB dan juga versi penuh bersaiz 2.8GB. Versi penuh didatangkan dengan beberapa aplikasi baru, seperti Fsool, Rejaal dan juga Arabeyes Qamoos.
Mungkin buat masa ini, umum sudah mengenali aplikasi VLC Media Player, iaitu aplikasi yang boleh menguruskan fail-fail audio dan video pada sebarang sistem operasi, termasuk Mac, Linux dan juga Windows. Terkini, mereka sedang membangunkan pula aplikasi untuk meng-edit video yang turut sama boleh dimainkan pada semua sistem operasi, yang mana dikenali sebagai VideoLAN Movie Creator atau secara ringkasnya, VLMC.
Setelah sekian lama, kini pembangunan OpenOffice 3.2 menghampiri fasa akhir, apabila hari ini pihak pembangun OpenOffice mengumumkan pelepasan OpenOffice 3.2 RC1. Salah satu perubahan dan penambah baikkan yang tampak jelas pada OpenOffice 3.2 adalah kemaskini semua komponen dalamannya, serta masa respon aplikasi yang lebih pantas berbanding sebelumnya.
Hari ini, pembangun KDE telah pun melepaskan beta kedua untuk KDE Software Compilation (KDE SC) 4.4, yang mana diberikan nama kod Claus, sempena dengan perayaan Hari Natal yang bakal menjelang tiba pada penghujung minggu ini. KDE SC 4.4 Beta 2 ini membawakan pelbagai perkara baru dan kemaskini aplikasi, yang menjadikan KDE semakin menarik untuk digunakan.
Setelah hampir setahun lebih Fedora 10 “Cambridge” dilepaskan kepada umum, yang mana membawakan pelbagai perkara baru pada distro kegemaran ramai itu, kini tamatnya sokongan untuknya. Ini bermakna yang mana para pengguna Fedora 10 tidak lagi akan menerima kemaskini sekuriti terkini dan diminta untuk mengemaskini sistem operasi mereka kepada yang lebih terkini.







