Fedora 13 Di Namakan Goddard

Para pembangun Fedora hari ini telah pun mengumumkan nama kod bagi Fedora 13 yang akan dilepaskan tahun hadapan iaitu Fedora 13 – Goddard. Biasanya kesemua nama kod yang diberikan bagi sistem operasi Fedora berkait antara satu sama lain, dan dalam kes ini, Fedora 12 yang diberikan nama Constantine dan Fedora 13 yang diberikan nama Goddard berkait dari segi sains peroketan.

Konstantin Tsiolkovsky merupakan salah seorang yang awal terlibat dalam teori sains peroketan, manakala Robert Goddard merupakan salah seorang professor dari US yang mana menumpukan perhatian pada fizik dan juga teori daripada Tsiolkovsky. Dan ini membawakan kaitan antara nama Constantine dan juga Goddard antara satu sama lain.

Sebelum ini, untuk Fedora 13, beberapa nama lain telah turut dicadangkan, termasuk Botany, Gloriana, Langstrom, dan banyak lagi, namun begitu, Goddard mendapat undian paling banyak, dan terpilih sebagai nama rasmi Fedora 13.

1 Komen

  1. [...] sekian lama dinanti, pihak pembangun Fedora telah pun membawakan versi pembangunan pertama untuk Fedora 13 “Goddard”, sekaligus merupakan langkah pertama untuk sistem operasi Fedora 13 yang mana bakal dilepaskan [...]

Tinggalkan Komen