Sementara menunggu Chrome OS siap sepenuhnya pada tahun hadapan, kini anda sudah boleh mencuba Jolicloud yang ditunggu-tunggu untuk sekian lama. Kini, Jolicloud Beta sedia dimuat-turun oleh semua, tanpa sebarang pendaftaran diperlukan, dan sudah sedia untuk dipasang dan dicuba pada netbook Windows anda. Untuk mula menggunakannya, anda hanya perlu memuat-turun fail 600Mb yang berbentuk .exe dan memasangnya pada netbook Windows anda.
Berbeza dengan Chrome OS, menariknya mengenai Jolicloud ialah ianya menyokong aplikasi desktop biasa, beserta dengan aplikasi web seperti biasa. Masa boot Jolicloud juga amat pantas, iaitu mengambil masa 15 saat pada netbook Asus. Anda juga boleh memasang pelbagai aplikasi Ubuntu pada Jolicloud dengan mudah sekali. Untuk mula mencuba Jolicloud Beta ini, anda boleh terus memuat-turun dan mencubanya secara percuma sistem operasi yang ditunggu ramai ini.


aku berminat gak dgn jolicloud nih..
sayangnya, aku xde netbook utk dicuba..
eee pc ayah aku dah rosak =)