Hari ini, pembangun KDE telah pun melepaskan beta kedua untuk KDE Software Compilation (KDE SC) 4.4, yang mana diberikan nama kod Claus, sempena dengan perayaan Hari Natal yang bakal menjelang tiba pada penghujung minggu ini. KDE SC 4.4 Beta 2 ini membawakan pelbagai perkara baru dan kemaskini aplikasi, yang menjadikan KDE semakin menarik untuk digunakan.
Antara fungsi-fungsi baru pada KDE Software Compilation 4.4 Beta 2 adalah seperti;
- Kemaskini dan penambah-baikkan pada Nepomunk Semantic Search yang membawakan antaramuka serba baru, serta kebolehan untuk melihat dalam bentuk timeline
- Mengambil kira dunia blogging yang mendapat perhatian ramai dari masa kesemasa pada masa kini, KDE SC 4.4 Beta 2 ini menyertakan sekali klient untuk menulis blog yang serba baru, Blogilo.
- Desktop Plasma pada KDE juga diperkemaskini dan kini tampak lebih menarik.
- ….dan pelbagai perkara baru yang menarik.
.
Buat masa ini, KDE SC 4 didatangkan dengan pelbagai aplikasi menarik, termasuk untuk pembangunan web, aplikasi pembelajaran, program pengurusan, dan banyak lagi, yang didatangkan dalam 50 bahasa berlainan.



Gentoo dah lancar 4.4.2 pada 30 Mar 2010 pada unstable version.
Tapi lepas 2 hari pakai, tak ada masalah melainkan plasmoid yang tak compatible terpaksa dibuang.