Para pembangun Linux Mint sudah pun melepaskan Linux Mint 8 yang diberikan nama kod “Helena” pada hujung bulan yang lepas, dimana melalui Linux Mint 8, mereka berharap akan membawakan sebuah sistem operasi Linux yang lebih mesra pengguna, disamping membawakan sokongan kepada beberapa perkara penting, termasuk Java, DVD dan pelbagai Codec video. Menariknya mengenai Linux Mint adalah ianya merupakan distro Linux ke empat yang popular, selepas Ubuntu, Fedora, dan openSUSE, dan mempunyai pengikutnya yang tersendiri.

Antaramuka Desktop Linux Mint 8
Linux Mint 8 merupakan distro yang berasaskan Ubuntu 9.10 Karmic Koala dan menggunakan kernel Linux 2.6.31, persekitaran desktop GNOME 2.28 dan juga X.Org 7.4. Selain membawakan pelbagai penyelesaian masalah daripada versi sebelumnya, Linux Mint 8 juga membawakan sokongan terkini kepada pemasangan OEM, membawakan pengurusan aplikasi yang lebih baik, dimana anda kini boleh memilih lebih dari satu aplikasi untuk dipasang ataupun dibuang. Selain daripada itu, pengurus kemaskini juga membolehkan anda memilih aplikasi dan pakej mana yang anda ingin kemaskini dan sebagainya.
Linux Mint 8 “Helena” di datangkan dalam dua variasi iaitu Linux Mint 8 Main dan juga Linux Mint 8 Universal. Linux Mint 8 Main membawakan pelbagai sokongan dan perisian yang menjadikannya mesra pengguna selain membolehkan anda menggunakannya sebagai LiveCD, tetapi sebaliknya Universal hanya membawakan beberapa aplikasi terpilih sahaja, dan bukan semua seperti Main.
Anda boleh memuat-turun Linux Mint 8 Helena secara percuma daripada halaman utama Linux Mint dan dapatkan lebih banyak maklumat berkaitan dengan Linux Mint melalui sebuah manual khas yang disediakan oleh pihak Linux Mint itu sendiri.


oh, harus cuba ni..
[...] 9 boleh dimuat-turun dalam variasi 32-bit dan juga 64-bit, dan sekiranya anda telah sedia mempunyai Linux Mint terpasang, anda boleh mengemas-kininya dengan [...]