Bapa kepada Ubuntu, Mark Shuttleworth hari ini telah pun mengumumkan pada blog beliau yang mana mulai bulan Mac 2010, beliau akan berhenti daripada menjadi CEO Canonical, dan digantikan oleh Jane Silber yang mana kini bertugas sebagai COO Canonical. Walaubagaimanapun, beliau akan terus memainkan peranan penting pada Canonical, yang mana lebih kepada perekabentuk dan pembangun produk.
Beliau inginkan Ubuntu berjaya sebagai platform terbuka yang menjadi pilihan para pengguna, termasuk pengguna netbook, notebook, desktop dan server, dan untuk menjayakannya, ianya perlukan fokus yang tinggi. Untuk menjayakannya, Mark Shuttleworth akan menghabiskan masa dengan berbincang dan melawati rakan kongsi dan para pengguna, berkenaan dengan permintaan mereka terhadap platform terbuka ini, dan membangunkan produk yang diingini dengan bekerjasama dengan komuniti.
Pada masa yang sama, Canonical kelak akan melantik COO baru dan juga ketua bahagian Ubuntu One yang baru, apabila Jane Silber menjadi CEO untuk Canonical kelak pada bulan Mac 2010.


harap-harap masih boleh dapat CD ubuntu percuma…walaupun dah tukar CEO