Setelah ditunggu-tunggu, akhirnya, Mozilla Thunderbird 3 hari ini dilepaskan kepada para pengguna, di mana mereka boleh mencubanya disebarang platform, samaada Windows OS, Mac OS X, ataupun Linux. Thunderbird 3 membawakan pelbagai inovasi, beserta dengan beberapa ciri-ciri baru, yang menjadikan aplikasi pengurusan emel ini kini lebih menarik.

Fungsi Tabbed Memudahkan Pengguna Membaca Emel
Fungsi baru pada Thunderbird 3 ini, kini membolehkan para pengguna bekerja lebih pantas, selain menyediakan fleksibiliti dan sekuriti yang diinginkan para pengguna. Pada masa yang sama, Thunderbird 3 turut membawakan beberapa fungsi tambahan, seperti:
- Tabbed Email – Kini, Thunderbird membolehkan anda melihat dan membaca emel dan folder melalui tab, sama seperti anda menggunakan fungsi tab pada Mozilla Firefox dan Chrome.
- Carian Yang Di Tapis – Thunderbird 3 membawakan fungsi carian yang serba baru, dimana para pengguna boleh membuat carian yang amat jitu dengan memilih masa, ataupun perkataan yang terkandung dalam emel, ataupun pilihan jenis fail attachment dan sebagainya.
- Arkib Mesej – Kini anda boleh memindahkan emel anda daripada Inbox kepada folder Archive, membolehkan anda menyimpan emel-emel penting, dan mencari emel yang berbulan atau bertahun lamanya dengan mudah.
- Buku Alamat Dengan Hanya Satu Klik – Kini, anda boleh menambah rakan-rakan anda kepada buku alamat yang terbina pada Thunderbird dengan hanya klik pada ikon bintang pada mesej yang diterima.
- Smart Folder – Melalui fungsi Smart Folder ini, Thunderbird mengabungkan kesemua alamat emel anda untuk diuruskan dengan mudah dari suatu lokasi yang senang, seperti membaca emel dari pelbagai alamat berbeza dan sebagainya, tanpa perlu membazir masa untuk melihatnya satu demi satu.
- Integrasi dengan GMail – Kini, Thundebird mengintegrasi bersama GMail dengan lebih baik, beserta dengan sokongan folder khas GMail seperti Sent dan Trash.
- Integrasi dengan Windows dan Mac OS X – Antaramuka yang diperkemaskini, pengintegrasian carian, dan sokongan buku alamat untuk Windows 7, Vista, dan Mac OS X Snow Leopard disertakan bersama.
- Menggunakan Enjin Gecko 1.91. – Sama seperti pada Firefox, kini enjin tersebut yang mana menyokong standard web yang terkini, selain membawakan sekuriti yang diperbaiki ini digunakan pada Thunderbird.
- Kemaskini Automatik – Kini, Thunderbird akan memberitahu anda setiap kali ada kemaskini sekuritu yang baru, dan memuat-turun dan memasangnya secara automatik untuk memastikan anda sentiasa dalam keadaan selamat.

Thunderbird 3 Membawakan Fungsi Carian Yang Di Perbaiki
Anda boleh membaca dengan lebih lanjut berkenaan dengan Thunderbird 3 ini di laman rasmi Mozilla Messaging, ataupun terus muat-turunnya dan mencubanya di komputer anda, dan alami inovasi aplikasi emel yang dibawakan oleh Thunderbird 3 ini.




[...] sekian lama membangunkan aplikasi pengurusan emel Mozilla, akhirnya, hari ini, Thunderbird 3 di lepaskan kepada umum, yang mana membawakan pelbagai inovasi yang baru, beserta membawakan [...]
pergh..
rajin gile ko translate feature list tu..
haha..
haha. sementara takde berita best hari nie. Huhu~