Setelah sekian lama, kini pembangunan OpenOffice 3.2 menghampiri fasa akhir, apabila hari ini pihak pembangun OpenOffice mengumumkan pelepasan OpenOffice 3.2 RC1. Salah satu perubahan dan penambah baikkan yang tampak jelas pada OpenOffice 3.2 adalah kemaskini semua komponen dalamannya, serta masa respon aplikasi yang lebih pantas berbanding sebelumnya.
Selain daripada itu, sokongan untuk semua dokumen termasuk dokumen Microsoft Office juga dipertingkatkan berbanding sebelumnya. Buat masa ini, versi stabil OpenOffice adalah versi 3.1.1, dan OpenOffice 3.2 dijangka akan dilepaskan dalam masa terdekat ini. Pada masa yang sama juga, pihak OpenOffice sedang giat membangunkan antaramuka yang serba baru untuk aplikasi pejabat mereka, yang mana ala-ala seperti antaramuka Ribbon pada Microsoft Office. Namun begitum ianya masih lagi dalam pembangunan dan masih belum diimplementasikan pada aplikasi mereka buat masa ini.
Bagi para pengguna yang ingin mencuba OpenOffice 3.2 RC1 ini, anda boleh memuat-turunnya untuk sebarang platform, termasuk untuk Windows OS, Mac OS X, dan juga Linux. Anda juga boleh mengambil tahu perkara-perkara baru yang bakal diperkenalkan pada OpenOffice 3.2 pada halaman rasmi mereka.


Tiada Komen