Setelah hampir setahun lebih diperkenalkan, Google Chrome kini sudah pun didapati untuk para pengguna Linux, dimana sama seperti pada versi Windows, Chrome untuk Linux turut membawakan pelayar web yang pantas, selamat, stabil, mudah dan menyokong HTML5. Menariknya, Chrome untuk Linux turut didatangkan dengan sokongan Extension.
Para pembangun Linux Mint sudah pun melepaskan Linux Mint 8 yang diberikan nama kod “Helena” pada hujung bulan yang lepas, dimana melalui Linux Mint 8, mereka berharap akan membawakan sebuah sistem operasi Linux yang lebih mesra pengguna, disamping membawakan sokongan kepada beberapa perkara penting, termasuk Java, DVD dan pelbagai Codec video.
Para pembangun Fedora hari ini telah pun mengumumkan nama kod bagi Fedora 13 yang akan dilepaskan tahun hadapan iaitu Fedora 13 – Goddard. Biasanya kesemua nama kod yang diberikan bagi sistem operasi Fedora berkait antara satu sama lain, dan dalam kes ini, Fedora 12 yang diberikan nama Constantine dan Fedora 13 yang diberikan nama Goddard berkait dari segi sains peroketan.






