Pelayar Chrome Beta Untuk Linux Di Lepaskan

Setelah hampir setahun lebih diperkenalkan, Google Chrome kini sudah pun didapati untuk para pengguna Linux, dimana sama seperti pada versi Windows, Chrome untuk Linux turut membawakan pelayar web yang pantas, selamat, stabil, mudah dan menyokong HTML5. Menariknya, Chrome untuk Linux turut didatangkan dengan sokongan Extension.

Chrome Untuk Linux

Google Chrome untuk Linux boleh digunakan pada sebarang persekitaran desktop Linux anda, samaada GNOME ataupun KDE. Chrome untuk Linux diintegrasikan sepenuhnya dengan tema GTK, dan kemaskini aplikasi yang diuruskan melalui pengurus pakej sistem, dan pelbagai fungsi menarik yang lain.

Anda boleh memuat-turun Google Chrome untuk Linux ini dan mencubanya pada distro kegemaran anda. Dan sekiranya anda pernah mencuba versi pembangunan Chrome untuk Linux sebelum ini, anda mungkin perlu menyah-pasangnya terlebih dahulu sebelum memasang versi beta ini.

3 Komen

  1. [...] Selepas pelbagai ura-ura Chrome untuk Mac, akhirnya, hari ini, Google memperkenalkan Google Chrome Beta untuk para pengguna Mac OS X, di mana kini, mereka sudah pun boleh mencuba pelayar web Google yang serba ringan dan pantas ini. Namun mereka masih belum dapat menggunakan fungsi Chrome Extensions seperti pada PC atau Linux. [...]

  2. nazmieski says:

    eee…..bestnye. tak sabar nak download.

Tinggalkan Komen