Sabily 9.10 Gaza Membawakan Pelbagai Aplikasi Baru

Setelah Ubuntu 9.10 dilepaskan pada bulan Oktober yang lepas, kini pihak pembangun Sabily, iaitu sistem operasi khas untuk pengguna Muslim, telah pun melepaskan Sabily 9.10 dengan nama kod Gaza. Sabily 9.10 didatangkan dalam dua versi berbeza, iaitu versi ringan, bersaiz 1GB dan juga versi penuh bersaiz 2.8GB. Versi penuh didatangkan dengan beberapa aplikasi baru, seperti Fsool, Rejaal dan juga Arabeyes Qamoos.

Sabily 9.10 “Gaza” membawakan pelbagai perkara baru, dan antaranya adalah;

  • Aplikasi pelayar Quran yang serba baru dikenali sebagai Noor.
  • Tema Grub dan XSPlash yang serba baru.
  • Monajat dibangunkan semula dengan bahasa pengaturcaraan Python.
  • Aplikasi Fsool didatangkan yang mana membawakan Sirah hidup Nabi.
  • Aplikasi Rejaal yang mana memperlihatkan sejarah hidup dan bibliografi lebih 60 Sahabat Nabi.
  • Kamus Arab ke English.

Sabily 9.10 Gaza
Aplikasi Baru Pada Sabily 9.10 Gaza

Bagi para pengguna yang ingin mencuba sistem operasi Sabily ini, anda boleh memuat-turunnya secara percuma, dan mengalami pengalaman menarik penggunaannya. Bagi yang baru, anda boleh mengikuti panduan pemasangan yang turut disediakan oleh pihak Sabily.

2 Komen

  1. mesticun says:

    Menarik ni.tak mahu terlepas pengguna Os Gaza.

  2. Adney says:

    peh… good job… sekarang aku dah mule tertarik nak gune ubuntu… huhu

    seriusly! x tipu!

Tinggalkan Komen