Sokongan Fedora 10 Di Tamatkan

Setelah hampir setahun lebih Fedora 10 “Cambridge” dilepaskan kepada umum, yang mana membawakan pelbagai perkara baru pada distro kegemaran ramai itu, kini tamatnya sokongan untuknya. Ini bermakna yang mana para pengguna Fedora 10 tidak lagi akan menerima kemaskini sekuriti terkini dan diminta untuk mengemaskini sistem operasi mereka kepada yang lebih terkini.

Para pengguna Fedora 10 diminta untuk mengemaskini sistem operasi mereka kepada yang terkini, iaitu Fedora 12, ataupun kepada Fedora 11. Fedora 11 kelak akan disokong sehingga sebulan selepas Fedora 13 dilepaskan kelak, dan begitulah seterusnya. Fedora kini merupakan distro pilihan ramai, hanya dibelakang Ubuntu yang sememangnya digunakan dan menjadi pilihan paling ramai pengguna Linux seluruh dunia.

2 Komen

  1. TMUkmkd says:

    aku suka guna Fedora sebab boleh main dengan windows system untuk recovery dan troubleshoot. tak pasti livecd ubuntu yang baru boleh ke tak :)

  2. mindaict says:

    Ehehe.. Ubuntu pun ada la bang.

    http://www.arsgeek.com/2008/01/15/how-to-fix-your-windows-mbr-with-an-ubuntu-livecd/

    Nak baiki registry windows pon bleh.

    http://ubuntuforums.org/showthread.php?t=624943

    Aku pakai gak LiveCD Fedora 12. Setakat ni, bagi aku Fedora masih menang tang mekap. Fedora cantik oo..

Tinggalkan Komen