Ubuntu 10.04 Dengan Rekabentuk Ala-Ala Aero?

Buat masa ini, seperti sedia maklum, Ubuntu 10.04 Lucid Lynx tidak akan membawakan sebarang tema GTK yang baru, tetapi mereka akan mengemaskini rekabentuk dan antaramuka Ubuntu supaya lebih menepati citarasa para pengguna pada masa kini. Buat masa ini, para pembangun Ubuntu sedang membangunkan tema yang berbentuk aero, atau yang memperlihatkan separa halimunan para tema GTK mereka.

Ubuntu Aero
Ubuntu Dengan Tema Yang Di Ubah [via] [tuto]

Ianya dijangkakan yang mana fungsi ini akan dibawakan pada Ubuntu 10.04 kelak, dan akan diaktifkan pada pemasangan biasa. Ini memperlihatkan yang mana Ubuntu 10.04 kelak akan membawakan antaramuka yang lebih menarik lagi berbanding kini, dan bersaing dengan lebih sihat dengan pembangun sistem operasi yang lain.

Sekiranya anda menggunakan Lucid Lynx Alpha 1, anda sudah boleh mencuba fungsi ini pada pemasangan anda dengan memasang fail yang sepatutunya daripada PPA.

2 Komen

  1. [...] pula akan membawakan sokongan LTS melalui 10.04 yang mana dijangka akan membawakan antaramuka seakan aero padanya. Sistem operasi Linux juga dijangka akan mengalami pelbagai inovasi sepanjang tahun [...]

  2. [...] pula akan membawakan sokongan LTS melalui 10.04 yang mana dijangka akan membawakan antaramuka seakan aero padanya. Sistem operasi Linux juga dijangka akan mengalami pelbagai inovasi sepanjang tahun [...]

Tinggalkan Komen