Canonical hari ini telah pun mengumumkan pelepasan versi pembangunan alpha yang pertama bagi Ubuntu 10.04 LTS, yang di panggil Lucid Lync. Mereka merancang untuk melepaskan sehingga tiga alpha untuk Ubuntu 10.04 Lucid Lynx ini. Lucid Lynx Alpha 1 ini membawakan kernel Linux 2.6.32, dan beberapa fungsi baru berbanding dengan Karmic Koala tempoh hari.
Lucid Lynx turut membuang pakej HAL, yang mana melaluinya, ia membolehkan Lucid Lynx untuk boot dengan lebih pantar daripada sebelumnya. Selain daripada itu, hanya lima permainan sahaj yang disertakan pada distro Ubuntu 10.04 ini, dan menggunapakai persekitaran desktop 2.29.3.
Sama seperti biasa, Lucid Lynx Alpha 1 didatangkan dalam bentuk desktop, server, dan juga khas untuk netbook remix. Sekiranya anda pengguna Ubuntu 9.10, anda boleh kemaskini kepada Lucid Lynx Alpha 1 dengan mudah, iaitu dengan hanya klik Alt + F2 dan taip update-manager -d pada command box. Ianya dijangkakan yang mana versi penuh dan stabil Ubuntu 10.04 Lucid Lynx akan dilepaskan pada 29 April 2010.


Tiada Komen