VideoLAN Sedang Membangunkan Aplikasi Edit Video

Mungkin buat masa ini, umum sudah mengenali aplikasi VLC Media Player, iaitu aplikasi yang boleh menguruskan fail-fail audio dan video pada sebarang sistem operasi, termasuk Mac, Linux dan juga Windows. Terkini, mereka sedang membangunkan pula aplikasi untuk meng-edit video yang turut sama boleh dimainkan pada semua sistem operasi, yang mana dikenali sebagai VideoLAN Movie Creator atau secara ringkasnya, VLMC.

Buat masa ini, ianya masih diperingkat awal pembangunan, dan masih tiada sebarang fail pemasangan yang disediakan kepada umum, kecuali fail-fail sumber yang mana memerlukan anda menyatukannya secara sendiri. Mungkin kita sudah dapat menggunakan aplikasi untuk edit video ini pada tahun hadapan. Anda boleh melihat versi pembangunan awal ini ketika beraksi melalui video ringkas dibawah yang disediakan oleh pasukan VLC itu sendiri.

1 Komen

  1. [...] ini, kita sedia ketahui yang mana VideoLan sedang dalam proses membangunkan aplikasi untuk edit fail video yang dipanggil VideoLan Movie Creator (VLMC). Menariknya, kini aplikasi tersebut sudah boleh diuji [...]

Tinggalkan Komen