Mandriva Linux 2010 Bakal Menemui Pengguna Pada Nov 09

Pada tengah malam semalam, pihak pembangun Mandriva telah pun melepaskan versi alpha kedua Mandriva Linux 2010. Mandriva Linux 2010 Alpha 2 ini boleh didapati dalam bentuk Live CD, dan didapati dalam dua versi, iaitu 32-bit dan 64-bit. Mandriva Linux 2010 versi penuh kelak akan dilepaskan pada bulan November 2009 kelak.

Mandriva Linux
Desktop Mandriva Linux

Beberapa perkara baru yang dibawakan oleh Mandriva Linux 2010 Alpha 2 adalah seperti kernel Linux 2.6.31 RC4, KDE 4.3 RC3, GNOME 2.27.5, aplikasi pejabat OpenOffice 3.1.0 dan KOffice 2.0.1. Pelbagai masalah juga telah diselesaikan dalam versi terkini ini, selain membawakan aplikasi sumber terbuka yang baru dan dikemaskini.

Seterusnya, selepas Alpha 2 ini, pihak Mandriva akan mengeluarkan versi Beta pada hujung bulan Ogos, dan seterusnya membawakan Mandriva Linux 2010 versi RC dua kali, masing-masing pada September dan Oktober. Versi akhir Mandriva Linux 2010 bakal menemui pengguna pada 3 November kelak.