KDE 4.3.0 Kini Lebih Stabil Dan Cantik
KDE 4.3 yang dikenali sebagai Caizen, telah pun dilepaskan oleh pihak pembangunnya pada malam semalam, membawakan persekitaran desktop masa depan untuk platform Linux, Windows dan juga Mac OS X. KDE 4.3 menyelesaikan lebih daripada 10,000 permasalahan, selain menambah lebih 2,000 fungsi dalam tempoh 6 bulan ini.

Persekitaran Desktop K 4.3.0
KDE 4.3 kini tampak lebih stabil dan membawakan efek yang lebih menyejukkan mata berbanding versi sebelumnya. Selain itu, Plasma juga menerima lebih banyak penambah-baikkan selain membawakan aplikasi yang di kemaskini ke dalam persekitran desktop K. KDE 4.3.0 juga membawakan beberapa pakej termasuk aplikasi untuk pembangunan web, aplikasi pembelajaran, aplikasi pengurusan dan menyokong lebih 50 bahasa berlainan.
cantik btl laa,ubuntu boleh ke buat mcm ni..
hang pakai kubuntu, sbb kubuntu pakai KDE. Huhu.
kenapa plak x boleh..
sudo apt-get install kubuntu-desktop
Tapi kubuntu ‘berat’ sangat..1GB
emmm…aku rase nk tggu gnome baru ar….KDE lawa2 tp dah lame sgt aku duk guna gnome rase syg sgt dah ke die…terminal die dah cun bg aku…
KDE memang best…..suka sgt.
dengan windows serasi tak, nak install kde niii…