Sokongan Fedora 10 Di Tamatkan

Setelah hampir setahun lebih Fedora 10 “Cambridge” dilepaskan kepada umum, yang mana membawakan pelbagai perkara baru pada distro kegemaran ramai itu, kini tamatnya sokongan untuknya. Ini bermakna yang mana para pengguna Fedora 10 tidak lagi akan menerima kemaskini sekuriti terkini dan diminta untuk mengemaskini sistem operasi mereka kepada yang lebih terkini.

Para pengguna Fedora 10 diminta untuk mengemaskini sistem operasi mereka kepada yang terkini, iaitu Fedora 12, ataupun kepada Fedora 11. Fedora 11 kelak akan disokong sehingga sebulan selepas Fedora 13 dilepaskan kelak, dan begitulah seterusnya. Fedora kini merupakan distro pilihan ramai, hanya dibelakang Ubuntu yang sememangnya digunakan dan menjadi pilihan paling ramai pengguna Linux seluruh dunia.