Setelah sekian lama membangunkan Weave, akhirnya, kini versi 1.0 untuk plugin Firefox yang membolehkan para pengguna menggunakan data-data Firefox seperti bookmark, kata laluan, tetapan aplikasi, sejarah pelayaran dan sebagainya supaya dapat digunakan di PC berbeza dengan mudah sekali telah pun dilepaskan secara rasmi.
Semua sedia maklum yang mana Canonical dan para pembangun Ubuntu sedang giat membangunkan sistem operasi Ubuntu versi terkini, iaitu Ubuntu 10.04 Lucid Lynx yang bakal dilepaskan pada bulan April kelak. Menariknya, versi terkini Ubuntu itu kelak bakal membawakan Yahoo! sebagai enjin carian utama pada sistem operasi tersebut.
Pembangunan Android sememangnya agak pantas sekali, dan kini ianya digunakan oleh kebanyakkan pengeluar telefon bimbit sebagai sistem operasi untuk telefon bimbit pintar keluaran mereka. versi Android yang paling terkini adalah dikenali sebagai Eclairs dan kini kedengaran yang mana, versi Android seterusnya akan dikenali sebagai Froyo dan bukannya sebagai Flan yang diperkatakan sebelum ini.
Mungkin sebelum ini, para pengguna sudah pun membaca berkenaan dengan Oshirix 2009 SPE yang pernah kami buat ulasan ringkas sebelum ini. Menariknya, distro yang dibangunkan oleh warga tempatan ini, kini diperkemaskini, dan versi terbaru sistem operasi tersebut, Oshirix 2010 SPE sudah pun boleh mula dimuat-turun dalam bentuk fail ISO DVD bersaiz 2Gb.
Mungkin semua sudah mengetahui akan Ubuntu 10.04 LTS akan dinamakan sebagai Lucid Lynx dan bakal membawakan beberapa perkara baru pada Ubuntu. Menariknya, salah satunya ialah dimana, ianya bakal disertakan dengan buku manual khas yang bakal diedarkan bersama secara percuma dalam bentuk *PDF. Manual khas Ubuntu ini kelak akan dikemaskini setiap 6 bulan, mengikuti dengan pelepasan versi baru Ubuntu.





