Setiap kalo anda memasang distro yang baru, mungkin anda tertanya-tanya apakah aplikasi dan perisian yang benar-benar diperlukan untuk sistem operasi anda yang baru itu. Di sini, kami himpunkan lima aplikasi yang kami anggap penting buat kami, dan mungkin ianya juga berguna buat anda semua.
VLC Media Player
Sama seperti sistem operasi Windows, kebanyakkan sistem operasi Linux juga turut didatangkan dengan codec untuk mainkan video dan audio yang tidak seberapa. Malah, jenis-jenis fail yang popular buat masa ini, seperti MP3 dan juga AVI memerlukan codec pihak ketiga untuk dimainkan.
Walaupun anda boleh mencari codec tersebut melalui internet dengan mudah, kami lebih gemar menggunakan VLC Media Player. Menariknya mengenai VLC Media Player adalah ianya boleh mengendalikan pelbagai fail audio dan video dengan mudah, selain didatangkan dengan sokongan untuk pelbagai sistem operasi, termasuk Windows, Mac OS X dan juga Linux.
Anda boleh memuat-turun VLC Media Player secara percuma dan memasangnya pada sistem operasi anda, ataupun terus memasangnya melalui panel Add/Remove Software di sistem operasi Linux anda dengan mudah.
Google Chrome
Sistem operasi Linux kesemuanya didatangkan dengan pelayar web Mozilla Firefox yang sememangnya menjadi pilihan kebanyakkan pengguna seluruh dunia. Namun begitu, kami mendapati ianya sedikit berat dan lebih meminati pelayar web Chrome daripada Google.

Kini, Chrome juga sudah mula menyokong Extension, membolehkan anda menambah aplikasi dan fungsi tambahan yang disediakan oleh pihak ketiga dengan mudah. Mungkin ramai berpendapat, Chrome ini bukan aplikasi pilihan anda, namun bagi kami yang gemar melayari laman web, ianya menjadi satu kemestian untuk aplikasi ini berada pada komputer kami.
Adobe Flash
Kini, kebanyakkan laman web mengintegrasikan fungsi Flash padanya, malah YouTube yang menjadi antara laman web terkemuka di dunia turut menggunakan Flash untuk memainkan video. Selain daripada itu, beberapa laman web juga menggunakan Flash dalam pembangunannya, dan ini sekaligus menjadikannya suatu aplikasi yang amat penting dalam penggunaan komputer harian.
Pada masa yang sama, anda juga boleh memasang Moonlight pada sistem operasi anda, yang kini sedang meningkat naik penggunaannya di beberapa laman web.
Adobe Air
Adobe Air merupakan salah satu aplikasi yang amat menarik, membolehkan anda menjalankan aplikasi Air pada sebarang sistem operasi, samaada Windows, Mac OS X dan juga Linux. Aplikasi Air kebanyakkannya bergantung kepada internet untuk berfungsi, dan antara aplikasinya yang popular adalah seperti TweetDeck dan juga MeboOne.
Wine
Walaupun sudah beralih kepada platform Linux, masih terdapat pengguna yang masih ingin mainkan permainan dan beberapa perisian yang dikhaskan untuk Windows. Untuk membolehkannya, aplikasi Wine ini membantu menjalankan aplikasi Windows pada sistem Linux anda dengan mudah. Wine kini kerap digunakan oleh pengguna Linux untuk menjalankan aplikasi seperti Adobe Photoshop, Microsoft Office, WarCraft dan banyak lagi.
Ini merupakan antara aplikasi kegemaran kami yang kami perlukan pada sistem operasi Linux kami. Apakah aplikasi kegemaran anda yang perlu ada pada sistem operasi anda? Kongsikannya bersama kami diruangan komen.


1. Senarai yang menarik. disini saya kongsikan perisian-perisian yang WAJIB saya pasang pada distro Linux yang saya guna.
2. Pada ketika ini, saya menggunakan LinuxMint8 Helena.
3. Perisian-perisian Linux yang saya wajib pasang ialah :-
- Opera Desktop (skrg versi 10.20 stable dan 10.50 pre-alpha)
- SoftMaker Office 2008 (OpenOffice agak berat)
- Gloobus Preview (memudahkan prapandang sesuatu fail)
- gMusicBrowser (pemain music Gnome yang amat fleksibel dan ringan)
- SMPlayer (pemain multimedia yang lebih ringan dari VLC)
- Skype
- Gnome-Do (tidak boleh hidup tanpanya!)
4. Yang lain-lain tu tambahan sahaja dan kalau takde pun tidak mengapa.
Cheers!
Asri al-Baker
1. Senarai yang menarik. disini saya kongsikan perisian-perisian yang WAJIB saya pasang pada distro Linux yang saya guna.
2. Pada ketika ini, saya menggunakan LinuxMint8 Helena.
3. Perisian-perisian Linux yang saya wajib pasang ialah :-
- Opera Desktop (skrg versi 10.20 stable dan 10.50 pre-alpha)
- SoftMaker Office 2008 (OpenOffice agak berat)
- Gloobus Preview (memudahkan prapandang sesuatu fail)
- gMusicBrowser (pemain music Gnome yang amat fleksibel dan ringan)
- SMPlayer (pemain multimedia yang lebih ringan dari VLC)
- Skype
- Gnome-Do (tidak boleh hidup tanpanya!)
4. Yang lain-lain tu tambahan sahaja dan kalau takde pun tidak mengapa.
Cheers!
Asri al-Baker
Thanks for the share. Ingat lagi dulu nak cari plugin Flash untuk tengok Youtube punya la susah. Skang makin mudah. Cuma Wine ni, tak semua juga boleh kita install. Macam Photoshop pun susah juga.
Wine ini bukan untuk main game sahaja. Kalau ada application yang tak boleh install pada linux, boleh guna wine.
Minbar
Aplikasi waktu solat. Mengingatkan kita untuk beribadat kepada Pencipta.
Zekr
Aplikasi Al-Quran.
Elinks
Pelayar web konsol text-based. Nak tau macam mana rupa laman web kalau semuanya hanya tulisan? cubalah Elinks.
Wah,bos symbian pon ade kat cini,prisian yg penting bp saya:1.compiz.2.google chrome.3.adobe flash.4.cairo dock.5.wine..,
mau tanya selain menggunakan wine apakah ada aplikasi yang serupa dengan wine untuk menjalankan aplikasi windows di linux?mohon penjelasannya