Mozilla Weave 1.0 Di Lepaskan

Setelah sekian lama membangunkan Weave, akhirnya, kini versi 1.0 untuk plugin Firefox yang membolehkan para pengguna menggunakan data-data Firefox seperti bookmark, kata laluan, tetapan aplikasi, sejarah pelayaran dan sebagainya supaya dapat digunakan di PC berbeza dengan mudah sekali telah pun dilepaskan secara rasmi.

Weave pada asasnya telah melalui tempoh pembangunan melebihi dua tahun, dan para pengguna Firefox pada platform Windows, Mac OS X, dan juga Linux boleh memasangnya dengan mudah dengan melayari halaman rasmi Weave pada Mozilla. Pada masa yang sama, Weave juga disokong pada Mozilla Fennec iaitu Firefox untuk platform Maemo.

Para pengguna yang menggunakan lebih daripada satu PC, atau pun menggunakan gajet mudah alih untuk tujuan pelayaran mungkin boleh menggunakan Weave ini, kerana ianya serba sebanyak memudahkan dunia pelayaran web anda, selain boleh berfungsi sebagai sebuah servis untuk backup.

2 Komen

  1. TMUkmkd says:

    aku nampak mozilla kini aktif dengan banyak produk.
    termasuklah fennec, prism, weave :)

  2. [...] Menariknya pada Fennec adalah dimana, sama seperti Firefox, ianya membolehkan para pengguna menambah addon dan plugin kegemaran mereka, menjadikannya ia jauh berbeza dan lebih menarik berbanding pelayar web mudah-alih yang lain. Walaupun ianya dulu dikenali sebagai Fennec, kini ianya dirujuk sebagai Firefox for Mobile oleh Mozilla, dimana turut didatangkan dengan Mozilla Weave. [...]

Tinggalkan Komen