Mungkin sebelum ini, para pengguna sudah pun membaca berkenaan dengan Oshirix 2009 SPE yang pernah kami buat ulasan ringkas sebelum ini. Menariknya, distro yang dibangunkan oleh warga tempatan ini, kini diperkemaskini, dan versi terbaru sistem operasi tersebut, Oshirix 2010 SPE sudah pun boleh mula dimuat-turun dalam bentuk fail ISO DVD bersaiz 2Gb.

Oshirix 2009 SPE Ketika Boot
Pada masa yang sama, ini merupakan versi Oshirix terakhir yang dibangunkan menggunakan Debian Lenny, dan versi akan datang, akan dibangunkan menggunakan Debian Squeeze, iaitu versi terkini daripada Debian kelak. Oshirix 2010 SPE ini menggunakan kernel Linux 2.6.32, serta membawakan pelbagai ciri-ciri baru, termasuklah:
- Sokongan Multi-Desktop – Oshirix 2010 SPE membawakan sokongan lebih 12 persekitaran desktop utama, termasuk GNOME, KDE4, LXDE, XFCE4, FLUXBox, Window-Maker, IceWM, Equinox, OpenBox, BlackBox, EyeOS, Enlightenment, dan juga FVWM-Crystal.
- Menggunakan aplikasi WICD sebagai pengurus rangkaian yang mana boleh diubah mengikut kehendak pengguna menggunakan cheatcode: network-manager dengan mudah.
- Semua pengurus rangkaian menggunakan DNS daripada Google dan Streamyx, membolehkan anda menikmati internet pada kelajuan yang amat membanggakan.
Anda boleh memuat-turun Oshirix 2010 SPE yang bersaiz 2Gb secara terus melalui torrent, dan mencubanya secara terus melalui fungsi LiveDVD ataupun memasangnya terus pada komputer anda dan menikmati sistem operasi yang amat ringan dan pantas ini.



kenapa oshirix tak guna server mirror.oscc.org.my ?
menarik.. dalam proses mendownload oshirix. gonna try it. tapi kat mana boleh dapat reference?
kat forum Mambang.org.my
[...] Oshirix 2010 SPE Bersaiz 2GB Sedia Di Muat-Turun [...]
[...] ramai yang sudah mengenali akan distro Linux yang dibangunkan oleh para pembangun Malaysia, iaitu Oshirix. Menariknya, sama seperti Ubuntu, pembangun disebalik Oshirix juga kini membawakan sebuah manual [...]
mcm bes je.. slame ni aku kenal ubuntu… complete x mcm kt ubuntu? hidup linux malaysia!!!