Semua sedia maklum yang mana Canonical dan para pembangun Ubuntu sedang giat membangunkan sistem operasi Ubuntu versi terkini, iaitu Ubuntu 10.04 Lucid Lynx yang bakal dilepaskan pada bulan April kelak. Menariknya, versi terkini Ubuntu itu kelak bakal membawakan Yahoo! sebagai enjin carian utama pada sistem operasi tersebut.
Melalui kerjasama antara Canonical dan Yahoo! ini, Yahoo! bakal mengantikan Google sebagai enjin carian utama pada sistem operasi Ubuntu. Namun begitu, para pengguna masih boleh mengubah tetapan tersebut dengan mudah sekali. Melaluinya juga, Canonical bakal dapat menjana pendapatan tambahan yang mana bakal digunakan untuk pembangunan Ubuntu kelak. Memandangkan Ubuntu merupakan sistem operasi percuma, ianya sesuatu yang menarik untuk mendengar mereka menjana pendapatan.
Walaubagaimanapun, satu perkara yang menjadi tanda tanya adalah apakah akan berlaku sekiranya perjanjian antara Yahoo! dan Microsoft mencapai kata putus. Adakah enjin carian Yahoo! pada Ubuntu akan ditukarkan kepada Bing secara automatik?


Bro apasal dia tukarkan pada yahoo.kan dia boleh dapat pendapatan dari google gakkn.nanti masalah pulak kalau yahoo tukar jadi bing…microsoft gak dpt.
Yang saya pelik, Firefox adalah web browser utama Ubuntu tetapi Firefox mempunyai satu contract dengan google (iaitu menjadikan Google sebagai laman web pertama setiap kali ia dibuka). Jadi, bagaimana Canonical dapat melepaskan diri daripada situasi ini?
Kalau yahoo! menjadi Bing, saya tidak menyalahkan Canonical sebab mereka sedang menyediakan perisian percuma dan perlulah mendapat sumber pendapatan.
Apapun, Ubuntu tetap pilihan saya
kalau ditukarkan kepada bing..macam tak berapa best jer…huhu
walau apapun enjin carian defaultnya. tetap aku tukarkan kepada google
agaknye Ubuntu ada krisis kot dgn Google. oopppss…. hihik.
emm pada pendapat aku yang buta IT ni sebenarnya takkan ada apa2 masalah sekiranya yahoo menjadi bing atau sebaliknya..mungkin ada sebab2 tertentu yang kita sebagai pengguna tak tahu..
kebanyakkan orang benci microsoft sebab microsoft monopoli tapi pada pandangan aku skrg ni google rasanya akan menjadi lebih teruk dari microsoft dari segi monopoli..
[...] ini, ianya sudah sedia ketahui yang mana Ubuntu 10.04 akan mula menggunakan enjin carian Yahoo! sebagai enjin carian rasmi mereka. Kini, halaman utama yang bakal digunakan kelak sudah pun mula [...]