Baru-baru ini sahaja pihak Symbian Foundation memperlihatkan Symbian^3 ketika Mobile World Congress di Barcelona, dimana sebelum itu mereka telah pun melesenkan aplikasi mereka sebagai aplikasi sumber terbuka. Walaupun masih tiada sebarang gajet yang menggunakan Symbian^3 yang dilepaskan lagi, kini sudah pun mula kelihatan video yang memperlihatkan Symbian^4.
Bagi para peminat BSD, kini, pembangun disebalik distro PC-BSD telah pun melepaskan versi 8.0 sistem operasi yang popular itu, dengan nama kod “Hubble”, yang mana membawakan pelbagai perkara baru, termasuk persekitaran desktop KDE yang serba baru serta aplikasi Pemasangan Sistem yang membolehkan anda memilih PC-BSD ataupun FreeBSD.
Sebelum ini, ianya sudah sedia ketahui yang mana Ubuntu 10.04 akan mula menggunakan enjin carian Yahoo! sebagai enjin carian rasmi mereka. Kini, halaman utama yang bakal digunakan kelak sudah pun mula kelihatan, namun masih tiada sebarang berita samaada adakah ianya akan ditukarkan kepada Bing ataupun tidak.
Seperti yang sedia diketahui, Ubuntu 10.04 Lucid Lynx kelak akan membawakan pelbagai perkara baru, termasuk kebolehan untuk log masuk menggunakan identiti yang sama, serta juga Ubuntu One Music yang mana dikatakan akan menyerupai iTunes pada Apple, membolehkan para pengguna membeli lagu dan muzik dengan mudah secara terus daripadanya.
Pihak pembangun Amarok telah pun melepaskan beta pertama untuk pemain muzik versi 2.3 mereka yang bakal dilepaskan tidak lama lagi. Amarok merupakan salah satu pemain muzik untuk desktop KDE, dan kini versi 2.3 berada dalam fasa pembangunan. Amarok 2.3 juga turut dikenali dengan nama kod “Altered State”. Para pembangun Amarok bercadang untuk menjadikannya sebagai 2.3 dan bukannya 2.2.3 disebabkan terdapatnya beberapa perubahan visual pada pemain muzik tersebut.





