Kini, para pengguna yang masih lagi belum memasang Fedora 12, boleh mendapatkan Fedora 12 Re-Spins yang dikeluarkan oleh Fedora Unity Project, yang mana melaluinya, ianya membawakan semua kemaskini untuk Fedora 12 sehingga 2 Februari 2010 yang lalu. Memandangkan saiz kemaskininya yang agak besar (lebih kurang 440 Mb), para pengguna baru dinasihatkan memuat-turun Fedora 12 Re-Spins mengantikan Fedora 12.
Projek Fedora Unity Re-Spins ini membolehkan para pengguna mendapatkan kemaskini sistem operasi Fedora yang lebih selamat dan stabil, selain memudahkan para pengguna secara umumnya. Sebelum ini, Fedora 12 telah dilepaskan kepada umum pada 17 November yang lepas, yang membawakan pelbagai perkara baru, termasuk sokongan kepada Moblin.
Bagi para pengguna Fedora 12 sedia ada, anda boleh mengemaskini pakej aplikasi dan sistem anda dengan menaip yum update pada Terminal anda di Fedora 12. Bagi pengguna baru yang ingin mencuba Fedora 12, anda boleh memuat-turun Fedora 12 Re-Spins secara percuma, dan mencuba revolusi sistem operasi Linux.




Tiada Komen