Mozilla Menguji Enjin Gecko 1.9.3 Melalui Firefox 3.7

Mozilla telah pun mengumumkan pelepasan Firefox 3.7 Alpha 1, yang mana membawakan enjin Gecko serba baru, serta membawakan beberapa sokongan dan fungsi baru. Firefox 3.7 Alpha 1 ini boleh diuji pada sistem operasi Windows, Linux dan juga Mac OS X 10.5 dan ke atas.

Melalui Firefox 3.7 Alpha 1, Mozilla menguji enjin Gecko mereka yang baru, iaitu Gecko 1.9.3 Alpha 1. Melalui enjin Gecko yang baru ini, mereka tidak lagi menyokong Mac OS X 10.4 “Tiger”, selain membawakan pelbagai fungsi baru, seperti sokongan transasi CSS, animasi pada SVG, dan sokongan WebGL. Selain daripada itu, pada Mac OS X, untuk membaca teks, kini Firefox tidak lagi menggunakan ATSUI, sebaliknya menggunakan Core Text.

Sebelum ini, Mozilla telah mengatakan yang mana mereka tidak akan mengeluarkan Firefox 3.7, dan ini bermakna, versi Firefox 3.7 Alpha 1 ini boleh dikatakan sebagai untuk menguji enjin Gecko mereka yang baru, sebelum ianya digunakan pada versi Firefox akan datang.

Walaubagaimanapun, sekiranya anda ingin menguji enjin Gecko yang terbaru ini, anda boleh memuat-turun Firefox 3.7 Alpha 1 ini, dan mencubanya sendiri. Ianya dinasihatkan yang mana, versi ini tidak stabil, dan mungkin terdapat masalah yang telah dikenal pasti dan tidak dikenal pasti lagi.

1 Komen

  1. syahzul says:

    di harap engine gecko yang akan datang akan jadi lebih laju dan stabil. walaupun engine sekarang boleh dikatakan cukup stabil dan laju, tapi adakalanya browser crash tanpa sebab.

    btw, great info!

Tinggalkan Komen