Setelah sekian lama dinantikan, Mozilla telah pun melepaskan secara rasminya pelayar web Firefox untuk gajet mudah alih yang mana dikenali sebagai Fennec. Walaubagaimanapun, Fennec 1.0 ini hanya dilepaskan untuk platform Nokia Maemo sahaja buat masa ini, dan bakal menyokong lebih banyak platform lagi dalam masa terdekat kelak.
Menariknya pada Fennec adalah dimana, sama seperti Firefox, ianya membolehkan para pengguna menambah addon dan plugin kegemaran mereka, menjadikannya ia jauh berbeza dan lebih menarik berbanding pelayar web mudah-alih yang lain. Walaupun ianya dulu dikenali sebagai Fennec, kini ianya dirujuk sebagai Firefox for Mobile oleh Mozilla, dimana turut didatangkan dengan Mozilla Weave.




[...] 17 Feb 2010Antara pelayar web mudah-alih yang popular adalah sudah tentunya Opera Mobile, selain Firefox for Mobile yang kian meningkat naik namanya. Seain daripada itu, kini, BlackBerry turut memperlihatkan pelayar [...]