Intel dan Nokia Bekerjasama Membangunkan MeeGo

Umum sedia ketahui yang mana Intel dan Nokia masing-masing ada membangunkan sistem operasi mudah-alih mereka yang tersendiri, yang mana kini mula digunakan pada netbook dan juga telefon bimbit pintar. Nokia terkenal dengan aplikasi Maemo mereka, manakal Intel dengan Moblin. Walaubagaimanapun, kini mereka mengumumkan kerjasama, dimana mereka bakal membangunkan sistem operasi dinamakan MeeGo.

Sebelum ini, Intel dan Nokia bekerjasama dimana kedua-dua pihak mengumumkan mereka berdua akan berkolaborasi untuk jangka masa yang panjang, termasuk dalam pembangunan cip yang baru, aplikasi dan sebagainya. Dan salah satu, melaluinya adalah MeeGo yang diumumkan hari ini.

Melalui MeeGo, kedua-dua sistem operasi popular, digabung menjadi satu, dan ianya bakal dibangunkan pada satu platform Linux yang sama, dan boleh digunakan pada pelbagai peralatan dan gajet dengan mudah. Melaluinya juga, aplikasi sedia ada yang boleh digunakan pada Moblin dan Maemo bakal boleh digunakan pada MeeGo. MeeGo juga bakal menyokong pelbagai platform, termasuk pada Intel dan juga ARM.

MeeGo dijangka akan dilepaskan pada suku tahun kedua tahun ini, dan produk yang menggunakan MeeGo dijangka akan muncul pada pasaran pada pertengahan tahun kedua tahun ini. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.

Via : CNet

Tiada Komen

Tinggalkan Komen