Umum sedia maklum yang mana terdapatnya pelbagai sistem operasi Linux, ataupun lebih tepat lagi. distro Linux khas untuk para pengguna netbook, seperti JoliCloud, Moblin, dan banyak lagi. Salah satunya adalah Leenux yang mana dibangunkan khas untuk pengguna ASUS Eee PC. Terkini, Leenux 2.0 telah pun dilepaskan, membawakan pelbagai kemaskini aplikasi kepada para penggunanya.
Leenux 2.0 adalah merupakan distro Easy Peasy 1.5 yang diubah suai dan menggunakan kod asas Ubuntu 9.04. Oleh kerana ianya dibangunkan khas untuk para pengguna Eee PC, ianya hanya memerlukan lebih kurang 1.2 GB untuk dipasang. Walaubagaimanapun, Leeenux 2.0 juga boleh digunakan pada netbook lain.
Antara aplikasi yang dibawakan oleh Leeenux 2.0 adalah seperti pelayar web Mozilla Firefox, aplikasi sosial seperti Facebook, Twitter, dan juga Pidgin, dan pengurus emel Mozilla Thunderbird. Selain daripada itu, ianya juga didatangkan dengan beberapa permainan dan juga aplikasi pejabat untuk memudahkan tugasan anda secara luar talian.
Bagi para pengguna ASUS Eee PC atau sebarang netbook yang lain, anda boleh mencuba sistem operasi Leeenux 2.0 ini secara percuma dengan memuat-turun fail ISO 360MB dan memasangnya pada netbook anda dengan mudah.



Tiada Komen