OpenOffice 3.2 Lebih Stabil dan Pantas

Setelah sekian lama, akhirnya, hari ini, pihak pembangun OpenOffice.org telah pun melepaskan versi terbaru aplikasi pejabat mereka iaitu OpenOffice 3.2. Aplikasi pejabat yang menjadi penganti bagi Microsoft Office ini kini membawakan kestabilan dan kepantasan yang lebih lagi berbanding versi-versi OpenOffice sebelumnya, dan sama seperti dulu, ianya boleh dimuat-turun untuk sistem operasi Windows, Linux, Mac OS, dan juga Solaris.

Antara perkara baru dalam OpenOffice 3.2 adalah seperti:

  • Berfungsi lebih pantas berbanding versi-versi sebelumnya, dimana ianya kini boleh dibuka dengan lebih 2 kali ganda pantas berbanding sebelumnya.
  • OpenOffice.org Calc menerima pelbagai fungsi baru, seperti sokongan table Pivot, OLE Objects dan banyak lagi.
  • Antaramuka baru memudahkan penggunaan diagram.
  • Sokongan kepada fail-fail Microsoft Office 2007 yang dipertingkatkan dan kini lebih stabil.

Bagi para pengguna yang berminat menggunakan aplikasi pejabat yang percuma dan mendatangkan fungsi-fungsi yang serupa seperti Microsoft Office, anda boleh memuat-turunnya dan mencubanya sendiri pada komputer anda.

2 Komen

  1. orang_letrik says:

    yeay! berita gumbira.
    =)

  2. Anarm says:

    aku suke OpenOffice.. *thumbs up*

Tinggalkan Komen