Canonical Memperkenalkan Fungsi Single Sign On

Canonical kini telah pun mengumumkan yang mana mereka akan menyatukan semua proses log masuk ke laman-laman berkaitan dengan Ubuntu dan Canonical melalui penggunaan OpenID melalui Ubuntu Single Sign On. Kemudahan ini juga turut akan diintegrasikan pada LaunchPad, namun begitu, pengguna sedia ada masih boleh log masuk seperti sedia ada.

Symbian^3 Di Pertontonkan Oleh Nokia

Nokia baru-baru ini telah pun menjadikan Symbian sebagai sistem operasi mudah-alih sumber terbuka, membolehkannya digunakan pada pelbagai gajet dan sebagainya. Kini, pada Mobile World Congress, Nokia memperlihatkan Symbian 3 yang mana dijangka akan mula digunakan pada telefon bimbit mulai suku tahun kedua tahun ini.

Intel dan Nokia Bekerjasama Membangunkan MeeGo

Umum sedia ketahui yang mana Intel dan Nokia masing-masing ada membangunkan sistem operasi mudah-alih mereka yang tersendiri, yang mana kini mula digunakan pada netbook dan juga telefon bimbit pintar. Nokia terkenal dengan aplikasi Maemo mereka, manakal Intel dengan Moblin. Walaubagaimanapun, kini mereka mengumumkan kerjasama, dimana mereka bakal membangunkan sistem operasi dinamakan MeeGo.

Mozilla Menguji Enjin Gecko 1.9.3 Melalui Firefox 3.7

Mozilla telah pun mengumumkan pelepasan Firefox 3.7 Alpha 1, yang mana membawakan enjin Gecko serba baru, serta membawakan beberapa sokongan dan fungsi baru. Firefox 3.7 Alpha 1 ini boleh diuji pada sistem operasi Windows, Linux dan juga Mac OS X 10.5 dan ke atas.

Fedora 12 Re-Spins Membawakan Pelbagai Kemaskini

Kini, para pengguna yang masih lagi belum memasang Fedora 12, boleh mendapatkan Fedora 12 Re-Spins yang dikeluarkan oleh Fedora Unity Project, yang mana melaluinya, ianya membawakan semua kemaskini untuk Fedora 12 sehingga 2 Februari 2010 yang lalu. Memandangkan saiz kemaskininya yang agak besar (lebih kurang 440 Mb), para pengguna baru dinasihatkan memuat-turun Fedora 12 Re-Spins mengantikan Fedora 12.