Setelah sekian lama, akhirnya, hari ini, pihak pembangun OpenOffice.org telah pun melepaskan versi terbaru aplikasi pejabat mereka iaitu OpenOffice 3.2. Aplikasi pejabat yang menjadi penganti bagi Microsoft Office ini kini membawakan kestabilan dan kepantasan yang lebih lagi berbanding versi-versi OpenOffice sebelumnya, dan sama seperti dulu, ianya boleh dimuat-turun untuk sistem operasi Windows, Linux, Mac OS, dan juga Solaris.
Umum sedia maklum yang mana terdapatnya pelbagai sistem operasi Linux, ataupun lebih tepat lagi. distro Linux khas untuk para pengguna netbook, seperti JoliCloud, Moblin, dan banyak lagi. Salah satunya adalah Leenux yang mana dibangunkan khas untuk pengguna ASUS Eee PC. Terkini, Leenux 2.0 telah pun dilepaskan, membawakan pelbagai kemaskini aplikasi kepada para penggunanya.
Symbian sebelum ini telah lama memperlihatkan hajatnya untuk menjadikan kod aplikasi mereka sebagai sumber terbuka, dan menariknya, kini, Nokia telah pun menjadikan kod sumber untuk sistem operasi mereka, Symbian sebagai sumber terbuka, membolehkan sesiapa sahaja memuat-turun dan menggunakan kod Symbian secara percuma.
Setelah sekian lama dinantikan, Mozilla telah pun melepaskan secara rasminya pelayar web Firefox untuk gajet mudah alih yang mana dikenali sebagai Fennec. Walaubagaimanapun, Fennec 1.0 ini hanya dilepaskan untuk platform Nokia Maemo sahaja buat masa ini, dan bakal menyokong lebih banyak platform lagi dalam masa terdekat kelak.
VideoLan Media Player kini sememangnya menjadi antara pemain media yang diminati ramai. Selain daripada projek terbaru mereka, iaitu VideoLan Video Editor, mereka juga kini dalam proses pembangunan VLC 1.1 yang mana bakal membawakan fungsi baru, iaitu kebolehan untuk menggunakan aplikasi pihak ketiga melalui extension.



