PC-BSD 8.0 Membawakan Pilihan Pemasangan FreeBSD

Bagi para peminat BSD, kini, pembangun disebalik distro PC-BSD telah pun melepaskan versi 8.0 sistem operasi yang popular itu, dengan nama kod “Hubble”, yang mana membawakan pelbagai perkara baru, termasuk persekitaran desktop KDE yang serba baru serta aplikasi Pemasangan Sistem yang membolehkan anda memilih PC-BSD ataupun FreeBSD.

PC BSD
Antaramuka PC-BSD

Seperti sedia maklum, PC-BSD 8.0 ini dibangunkan dengan menggunakan FreeBSD 8.0, sekaligus memberikan pilihan untuk para pengguna samaada ingin menggunakan sistem PC-BSD ataupun FreeBSD ketika pemasangan. Antara aplikasi baru yang disertakan pada PC-BSD 8.0 Hubble ini adalah termasuk Firefox 3.5.7, GIMP 2.6.8, OpenOffice 3.1.1, dan juga pemain media yang diminati ramai, VLC 1.0.4.

PC-BSD 8.0 juga turut membawakan aplikasi Pengurusan Perisian yang diperkemaskini, serta juga sokongan 3D untuk sistem AMD64 yang menggunakan driver NVIDIA. Para peminat BSD, boleh memuat-turun PC-BSD 8.0 untuk sistem 32-bit dan juga 64-bit, serta mengikuti tutorial ringkas yang disediakan oleh pembangunnya.

Tiada Komen

Tinggalkan Komen