Pembangunan Symbian^4 Mula Kelihatan

Baru-baru ini sahaja pihak Symbian Foundation memperlihatkan Symbian^3 ketika Mobile World Congress di Barcelona, dimana sebelum itu mereka telah pun melesenkan aplikasi mereka sebagai aplikasi sumber terbuka. Walaupun masih tiada sebarang gajet yang menggunakan Symbian^3 yang dilepaskan lagi, kini sudah pun mula target=”_blank”kelihatan video yang memperlihatkan Symbian^4.

Symbian^4 dijadualkan untuk dilepaskan sebelum penghujung tahun ini, dan gajet yang menggunakan Symbian^4 dijangka berada di pasaran pada tahun 2011 kelak. Symbian^4 dijangka akan membawakan perubahan drastik serta evolusi kepada sistem operasi tersebut, termasuk sokongan sentuh yang dipertingkatkan, serta penggunaannya yang lebih mesra pengguna.

Symbian^4 dijangka akan muncul sebagai platform yang serba baru, membawakan antaramuka yang serba baru, serta dibangunkan menggunakan Nokia Qt. Buat masa ini, ianya masih lagi diperingkat awal pembangunan, dan beberapa video awal pembangunannya sudah pun mula kelihatan di arena internet kini. Nampaknya, Symbian^4 bakal membawakan revolusi baru pada sistem operasi telefon bimbit.

3 Komen

  1. mknace says:

    :) :) :) sharing is power

    wahh.. canggih tuh

  2. MASOKIS says:

    Saya tertanya2, apa sdk yang digunakan utk symbian ni..
    hhmm, ni mesti nak chalange google…

  3. TheRohan says:

    Just checked out this great tutorial and thought of sharing it with you guys.

    This tutorial guides you in getting started with Qt application development. The document covers the following topics: downloading and installing the Nokia Qt SDK, creating your first project, running it in the simulator, and deploying the application to a device.

    For more info to this visit http://bit.ly/8XKBw3

Tinggalkan Komen