Symbian sebelum ini telah lama memperlihatkan hajatnya untuk menjadikan kod aplikasi mereka sebagai sumber terbuka, dan menariknya, kini, Nokia telah pun menjadikan kod sumber untuk sistem operasi mereka, Symbian sebagai sumber terbuka, membolehkan sesiapa sahaja memuat-turun dan menggunakan kod Symbian secara percuma.
Symbian dikatakan menjana sebanyak lebih 330 juta gajet daripada Nokia, sekaligus menjadikannya aplikasi yang paling besar berubah kepada penggunaan sumber terbuka sebagai lesen aplikasi mereka. Mungkin, dengan peralihan ini, kita akan dapat melihat lebih banyak telefon bimbit berasaskan Symbian, selain berkemungkinan harga telefon bimbit yang menjadi lebih murah berbanding sebelumnya.
Selain daripada Symbian, Android merupakan salah satu sistem operasi telefon bimbit yang digunakan oleh banyak pengeluar telefon bimbit. Kini, dengan Symbian turut menjadikan kod mereka sebagai sumber terbuka, mungkin kita akan dapat melihat kombinasi sistem operasi Symbian dan Android tidak lama lagi.


[...] menjadi sistem operasi bagi pencinta sumber terbuka. Tetapi ianya hanya sehingga sebelum Nokia mengumumkan Symbian menjadi sumber terbuka pada minggu ini. Kini, ianya dikatakan yang mana, Symbian juga bakal [...]
[...] baru-baru ini telah pun menjadikan Symbian sebagai sistem operasi mudah-alih sumber terbuka, membolehkannya digunakan pada pelbagai gajet dan sebagainya. Kini, pada Mobile World Congress, [...]