Symbian^3 Di Pertontonkan Oleh Nokia

Nokia baru-baru ini telah pun menjadikan Symbian sebagai sistem operasi mudah-alih sumber terbuka, membolehkannya digunakan pada pelbagai gajet dan sebagainya. Kini, pada Mobile World Congress, Nokia memperlihatkan Symbian^3 yang mana dijangka akan mula digunakan pada telefon bimbit mulai suku tahun kedua tahun ini.

Symbian boleh dikatakan sedikit ketinggalan dengan kemunculan iPhone OS dan juga Android yang kian mendapat perhatian pada masa kini. Namun begitu, melalui Symbian^3 yang diperlihatkan oleh Nokia, ianya kini memperlihatkan yang mana akhirnya, Symbian dapat mengejar kembali para pendahulu mereka.

Melalui Symbian^3, ianya membolehkan pengurusan memori yang lebih efisyen, sekaligus membolehkan lebih banyak aplikasi dijalankan pada masa yang sama. Symbian^3 juga menyokong HDMI, membolehkan para pengguna menyambungkan gajet yang menggunakan Symbian pada HDTV mereka, dan menikmati video pada definisi tinggi. Pada masa yang sama, Symbian^3 juga didatangkan dengan sokongan rangkaian 4G atau yang mana lebih dikenali sebagai WiMax.

Kod Symbian^3 dijangka akan sedia sebelum akhir suku tahun pertama tahun ini, dan ianya akan mula digunakan mulai suku tahun kedua dan keatas.

1 Komen

  1. [...] ini sahaja pihak Symbian Foundation memperlihatkan Symbian^3 ketika Mobile World Congress di Barcelona, dimana sebelum itu mereka telah pun melesenkan aplikasi [...]

Tinggalkan Komen